Jom Kenali ANARKI !

Nilai kebebasan mutlak adalah asas dalam Anarki

Korang mesti familiar kan dengar nama Anarki ni ataupun logo A dalam bulatan ? Tapi korang tahu ke apa maksud Anarki ni sebenarnya. So, hari ni jom kita kenali secara ringkas apa itu Anarki bersama MKR. Let’s go !

Sedutan daripada buku ABC of Anarchy’s

Secara ringkasnya, Anarki ni merujuk kepada kebebasan individu tanpa diperintah ataupun memerintah. Sebaliknya, diri sendiri adalah tuan kepada dirinya untuk melakukan apa sahaja. Asalkan tak melanggar hak orang lain pun dah kira cukup.

Anarki juga menolak sebarang bentuk kekerasan, terutamanya daripada badan berkuasa. Diorang anggap yang kekerasan ini mencabuli hak asasi manusia. So, diorang akan gelarkan mereka yang melakukan kekerasan ni sebagai fasis (fasict = kuku besi).

Do-it-Yourself adalah sebahagian falsafah Anarki

Buat secara sendiri atau D.I.Y adalah sebahagian daripada pegangan anarki ni sebab diorang percaya kepada usaha secara sendirian tanpa bergantung kepada sesiapa untuk melakukan sesuatu. Lepas tu, apa yang dah diorang hasilkan akan diberikan atau dijual kepada sesama mereka.

Alexander Berkman pemula kepada gerakan Anarki

So, kalau korang nak tahu Alexander Berkman ni lah orang pertama yang mencetuskan gerakan Anarki pada awal abad-20. Dia ni jugak lah yang tulis buku Memoirs of An Anarchist masa kena tahan selama 14 tahun dalam penjara dulu! Lama tu guys dia dalam penjara.

Buku pemula mengenai anarki

Lastly, kalau korang nak tahu lagi pasal anarki ni. Cuba google atau cari buku ABC’s of Anarchy tulisan Brian Heagney ni sebab dari A sampai Z korang akan didedahkan pasal asas mengenai fahaman dan falsafah anarki ni. Okay guys, selamat membaca korang!