8 Tempat OOTD Paling Latest

 

Dah bosan asyik OOTD tempat yang sama je?

Instagram feed tak menarik? Takde bajet nak OOTD kat luar negara?

Buat korang semua yang tercari-cari tempat paling awesome untuk korang ber-OOTD, haaaa ini MKR senaraikan tempat paling latest untuk korang!

 

SELFIE MUSEUM

Alamat: Unit 2.28-2.40, Level 2, Fahrenheit88, 179, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 10am – 10pm, Setiap Hari

Bayaran: RM45 (Dewasa) RM30 (Kanak-kanak)

Muzium selfie pertama di Malaysia yang berkonsepkan dessert! Mempunyai 9 bilik dan setiap satu bilik berbeza tema. Wow, boleh lah selfie dengan different background kan? Selain itu, sekarang Selfie Museum tengah offer kalau korang beli tiket secara online di www.selfie.com.my/ and korang dapat RM5 OFF tauuuuu. Memang best, jangan lupa selfie bebanyak ok?

 

 

Lorong Bukit Bintang

Alamat : Jalan Berangan, Jalan Changkat, Jalan Rembia, Jalan Tengkat Tong Shin, Jalan Alor

Waktu Operasi : Setiap hari

Bayaran : Tempat terbuka

Tahu tak korang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta tau bagi menaik taraf dan memberi imej baharu di lorong-lorong kecil di sekitar Bukit Bintang.

Before this kalau korang pernah pergi area lorong belakang bukit bintang kan ni memang tempatnya usang dan kotor tau. So, ini merupakan inisiatif DBKL untuk mencantikkan lagi lorong-lorong belakang Bukit Bintang ini.

Lokasi tapak yang terlibat ialah laluan pejalan kaki utama dan jalan pintas dari Jalan Berangan ke Jalan Changkat, Jalan Rembia, Jalan Tengkat Tong Shin, Jalan Alor dan kawasan sekitarnya.

 

 

ENCORE THEATRE MELAKA

Alamat : No. 3, Jalan KSB – Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200, Melaka

Waktu Operasi : Tempat terbuka

Bayaran: Tiada

Buat orang Melaka, haaa ini antara tempat yang latest untuk korang ber-ootd tau! Kalau korang nak tahu kan, Encore Melaka merupakan teater paling terbesar di Asia Tenggara.  Apa yang menarik sekali disini, struktur bangunan Encore Theatre ini sangat unik diperbuat dari jubin porselin dan diletakkan dengan beribu lampu LED.

Bangunan ini berbentuk petak berwarna putih dan biru. Memang sesuai lah untuk korang para instagrammers yang selalu jaga feed instagram siap ada color theme lagi tu, haa Encore Theater ni memang nice lah hehe.

 

 

 

TAMAN EKO RIMBA KL

Alamat : Hutan Simpan Bukit Nanas

Waktu Operasi : 8 am – 6pm, setiap hari

Bayaran : Percuma

 

Haaa kalau korang nak kan kelainan dalam bergambar nak ada konsep hutan hutan belantara ala ala tarzan tu haaa meh try dtg sini Taman Eko Rimba KL. Tempat ni kata baru, taklah sangat tapi sebenarnya ramai lagi orang tak tahu yang di tengah-tengah kl ni ada hutan rimba tau.

 

Yang menjadi hotspot untuk OOTD disini of course lah Canopy Walk (Jambatan Gantung) yang panjangnya lebih kurang 200 meter! Untuk korang yang gayat tu, rugi kalau korang tak cuba tauuuuu.

 

 

Apaaaaaaaaaaaaaa? Tak cukup gempak lagi? Relaks kita ada lagi 4 tempat awesome and nice untuk korang, sila click di bawah ini 🙂

 

PAGES

1 2

COMMENTS