8 Tempat OOTD Paling Latest

Tamarind Square Cyberjaya

Alamat : Persiaran Multimedia, Cyber 10, 63000 Cyberjaya

Waktu Operasi : Dibuka 24 jam

Bayaran : Tiada

 

Kalau korang masih ingat lagi MKR pernah share the largest bookstore di Cyberjaya iaitu BookXcess. Buat pencinta buku bagi mereka ini dah cukup heaven betul tak? Sebenarnya selain bookstore kat sini juga ada hidden spot yang memang nice tau.

Konsep Tamarind Square ni urban nature so memang sesuai lah korang bebudak hispter nak ber-OOTD! Sambil korang lepak-lepak lepastu boleh lah singgah kejap BookXcess kan? Barulah cool~

 

 

 

APW Bangsar

Alamat : Jalan Bangsar, 5, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 8am – 5pm

Bayaran : Tiada

 

Terletak di tengah-tengah Bangsar, APW merupakan event space dan bukan setakat itu je kat sini jugak ada cafe seperti Breakfast Thieves, Biru San, Pulp dan banyak lagi cafe yang awesome! Haaa boleh lah singgah makan jap kan?

 

Tangga konkrit berdekatan dengan restoran Makirito adalah popular photo spot tau. Kalau korang perasan dah banyak instagrammers upload gambar kat sini! So pastikan APW ini termasuk dalam list tempat korang nak OOTD okay?

 

 

Serani Row

Alamat : Lorong Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Tempat terbuka

Bayaran : Tiada

 

Kalau tengok dari tepi jalan memang nampak kawasan ni macam terbiar dan scary kan? Namun tempat ni diberi nafas baru apabila  dinding bangunan di sini dilukis dengan lukisan mural yang cantik! Untuk photographer diluar sana, yang mencari port paling baik untuk photoshoot haaaa inilah tempat yang misteri tetapi ada unsur-unsur graffiti gitu, memang cool kan!

 

 

 

Zhongshan Building

Alamat : Jalan Kampung Attap, 80 – 84, Jalan Rotan, 50460 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 9am – 7pm

Bayaran : Tiada

Sekilas pandang, bangunan empat tingkat serba putih yang terletak di Jalan Rotan, Kampung Attap, di sini, sangat nostalgik,dimana, menyimpan pelbagai khazanah. Dianggarkan berusia lebih 60 tahun, bangunan yang terletak di kawasan ‘nadi’ ibu kota ini sering diintai pembeli dan pelabur kerana dianggap ‘lubuk emas’ yang berupaya menjana keuntungan berlipat ganda.

Selain kedai muzik, galeri seni, kafe, pejabat guaman dan toko buku, Malaysia Design Archive di aras tiga, sudut paling kanan The Zhongshan Building ibarat melengkapkan identiti bangunan berkenaan yang dijadikan hab seni.

 

 

Haaaa itu dia 8 tempat OOTD paling latest untuk tahun ini, so macam mana guys? On tak on? Weekend ni jom kita ber-OOTD yuk!

#TempatOOTDPalingLatest #selfie #ootd #Instagram #InstagramWorthyPlaces #SelfieMuseum #BukitBintang #EncoreTheatre #TamanEkoRimba #TamarindSquare #APWBangsar #SeraniRow #ZhongshanBuilding

 

 

 

 

 

PAGES

1 2