Movie Review : Sebelum Iblis Menjemput


Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 20 September 2018
Pengarah: Timo Tjahjanto
Pelakon: Chelsea Islan, Pevita Pearce, Samo Rafael, Karina Suwandi, Ray Sahetapi, Hadijah Shahab dan Ruth Marini

SINOPSIS:

Sebelum Iblis Menjemput menceritakan seorang gadis, ALFIE (lakonan Chelsea Islan) yang mempunyai kisah silam yang tragis. Ayahnya, LESMANA (Ray Sahetapy) meninggalkan Alfie selepas ibunya, INTAN meninggal dunia secara misteri.

Lesmana berkahwin dengan seorang wanita muda, LASKMI (Karina Suwandi) yang mempunyai dua orang anak hasil dari perkahwinan sebelum ini, MIRA (Pevita Pearce) dan RUBEN (Samo Rafael).

Setelah sekian lama hidup bersendirian, Alfie menerima berita bahawa Lesmana sedang tenat di hospital kerana dilanda penyakit misteri. Situasi menyeramkan yang dialami Alfie sewaktu di hospital menyebabkan Alfie ingin ke villa lama keluarga mereka di sebuah pergunungan untuk mencari jawapan.

Tanpa mereka sedar, kewujudan mereka di villa itu telah membangkitkan sesuatu yang menakutkan apabila mereka membuka pintu yang telah dikunci untuk sekian lamanya.

Okay next, kalau korang nak tahu apa pendapat MKR mengenai filem ni kenalah click NEXT page ok?

PAGES

1 2