Movie Review : Sebelum Iblis Menjemput

ULASAN:

Sebelum Iblis Menjemput berjaya melepasi 1 juta penonton selepas 3 minggu ditayangkan di Indonesia. Filem arahan Timo Tjahjanto ini merupakan filem pertamanya yang berjaya menembusi pasaran Malaysia. Timo merupakan pengarah tersohor di Indonesia yang sering menghasilkan karya-karya bergenre seram.

Sebelum MKR menghadiri tayangan perdana Sebelum Iblis Menjemput, MKR terlebih dahulu telah menonton trailer untuk mendapatkan “gambaran” mengenai filem ini.

Sejujurnya, MKR tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi namun jika dinilai sebelum ini MKR pernah menonton sebuah filem seram dari Indonesia jugak yang bertajuk Pengabdi Setan (2017). So, MKR berpendapat filem arahan Joko Anwar tersebut merupakan satu filem yang buat penonton Malaysia dan MKR sendiri rasa  ‘histeria’ tau.

Jika ada sesetengah yang kata filem seram perlu ada “jumpscare” dan sound effect yang kuat dan membingitkan wajib ada di dalam filem seram ternyata filem Sebelum Iblis Menjemput ini tak capai lah expectation korang. Bagi MKR, filem ini ada keunikkannya tersendiri dalam menonjolkan efek horror gituuuu.

Okay pada permulaan filem Sebelum Iblis Menjemput ni, agak perlahan tetapi MKR dapat lihat kan filem ini mempertaruhkan perjanjian & pemujaan antara manusia dan iblis yang menggunakan gumpalan rambut, kertas dan juga kepala kambing sebagai simbolik perjanjian. Gempak kan?

Dari segi sinematografi pula, bagi MKR konsep villa 70an yang menjadi subjek dalam filem ini agak menarik dan wow jugaklah sebab memberi aura yang misteri! Selain itu, solekan dan imej hantu-hantu dalam filem Sebelum Iblis Menjemput ini mampu membuatkan anda tak senang tidur hehehe.

 

Namun, pada pendapat MKR imej satu hantu tersebut ada iras zombie korea dan scene ruang bawah tanah tersebut mengingatkan MKR filem “The Conjuring” .

Jangan lupa untuk tonton filem ini di pawagam yang berhampiran okay.

 

 

#SebelumIblisMenjemput #FilemSeram #Indonesia #Malaysia #Hantu #ChelseaIslan #PevitaPearce

PAGES

1 2