8 Mitos Derma Darah

Selalu kita dengar punca orang tak mahu derma darah adalah disebabkan fobia pada jarum (Trypanophobia) atau darah (Hemophobia)! Tetapi, ada juga yang tidak menderma kerana percaya pada mitos derma darah! 8 Mitos Derma Darah:

  1. Derma darah boleh memberi efek pada berat badan.
    • Ramai yang beranggapan derma darah boleh menyebabkan berat badan akan menaik. Namun ada yang berpendapat bahawa menderma darah memerlukan tenaga maka para penderma dinasihatkan untuk makan dahulu sebelum menderma. Sebab itulah mungkin berat akan bertambah selepas kita menderma darah!
  2. Kita boleh dapat penyakit berjangkit dari derma darah!
    • Pesakit yang boleh menderma adalah pesakit yang sihat tubuh badannya. Juga, penggunaan jarum suntik adalah berbeza bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kumat pada penderma. jadi jangan takut ya!
  3. Darah yang kita derma boleh simpan untuk tempoh yang lama.
    • Darah sebenarnya mempunyai jangka hayat. darah yang baru didermakan hanya boleh simpan dalam jangka masa tiga hingga ke empat bulan. Maka, pendermaan darah perlu dilakukan berterusan bagi memastikan stok darah tidak berkurangan.
  4. Derma darah mengambil masa yang panjang.
    • Semasa menderma darah, ia hanya mengambil masa selama 30-45 minit. Namun, sebelum melepasi saringan menderma darah dengan mengisi borang, saringan dan konsultasi bersama doktor, para penderma cuma perlu mengambil giliran untuk menderma. mudah saja, bukan?
  5. Badan akan lemah selepas derma darah.
    • Secara umumnya, menderma darah memerlukan konsultasi dariapda doktor, juga, jika kita lakukan kira-kira… Seorang dewasa sihat mempunyai purata 4.7 liter darah. Isipadu darah yang diambil untuk setiap pendermaan adalah lebih kurang 350 – 450 ml, iaitu 7.5 – 9.5% daripada jumlah isipadu darah. Kekerapan pendermaan darah adalah 3 bulan sekali. Tempoh ini cukup untuk badan menghasilkan sel darah merah baru.
  1. Tidak perlu menderma sebab ramai yang sudah derma.
    • Darah adalah sesuatu yang authentic dan tidak boleh dilakukan proses ‘Cloning’. juga, banyak penggunaan darah digunakan untuk pelbagai faktor antaranya adalah pembedahan, merawat penyakit leukemia dan sebagainya. jadi, stok darah sentiasa diperlukan oleh Pusat Darah negara dan hospital!
  2. Muslim tidak boleh terima darah dari orang yang bukan muslim.
    • Agama Islam adalah agama yang harmoni dan memudahkan umatnya. Apabila keadaan menjadi darurat dan darah menjadi satu-satunya cara untuk menyelamatkan nyawa, ia perlu diderma dan diterima tanpa paksaan dan prasangka terhadap mana-mana agama, bangsa dan jantina.
  3. Individu yang mengalami tekanan darah tinggi dan mengambil ubat sebagai rawatan tidak boleh menderma darah.
    • Sebenarnya perkhidmatan pendermaan darah menerima darah yang diderma oleh individu yang mengambil ubat tekanan darah tinggi dengan syarat tekanan darah mereka adalah stabil dan tidak dipengaruhi oleh masalah kesihatan lain yang merumitkan. 

Okay! Itu saja mitos yang telah dikongsikan oleh Pusat Darah Negara di laman web mereka. Jadi, lepas ni kalau takut menderma, kaji dahulu fakta/mitos ya!