Wujudkah Sempadan Politik Kampus dan Politik Nasional?

Penubuhan AUKU iaitu Akta Universiti Kolej Universiti bermula pada tahun 1971 oleh Menteri Pendidikan pada waktu itu iaitu Tun Hussein Onn di Parlimen pada 17 Mac 1971 dikatakan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Namun AUKU ini dipinda semula pada tahun 1975, 1983 dan 1996 dan ramai mahasiswa memberontak kerana pindaan itu dikatakan mencabul hak mahasiswa untuk bersuara. Namun, kita masih dapat menghidu ada parti politik yang cuba untuk mengikat diri mereka dalam politik kampus

 

 

Kewujudan gerakan mahasiswa pada tahun 1970-an dan penglibatan mereka samada dalam kampus ataupun dalam masyarakat telah membimbangkan kerajaan. Mana taknya, masyarakat dulu sangat percayakan mahasiswa dan mereka meminta mahasiswa untuk mewakilkan mereka sekiranya ada perkara yang mereka mahukan daripada kerajaan. Kepesatan gerakan mahasiwa ini telah membimbangkan pihak kerajaan terutamanya mahasiswa banyak mengkritikan kesalahan kerajaan demi memperjuangkan keadilan dan kebenaran. AUKU mula berkuatkuasa pada 30 April 1971 dan pada awal penubuhan AUKU ini, ianya ditubuhkan hanya untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Namun, atas beberapa sebab, AUKU ini dipinda. Pindaan pertama ialah pada tahun 1975, 4 tahun selepas penubuhan AUKU. Pada pindaan pertama inilah mahasiswa berang dan mereka memberontak Pindaan akta ini dikatakan berlaku kerana kejadian Tasik Utara yang berlaku pada tahun 1969 yang menyebabkan kerajaan risau akan kebangkitan mahasiswa ni menentang mereka. Kerajaan berpendapat gerakan mahasiswa perlu dihapuskan untuk memastikan kedudukan mereka tidak terjejas.

 

Pada masa penguatkuasaan AUKU, AUKU  ini telah dipinda sebanyak tiga kali iaitu pada 1975 (Akta A295), 1983 (Akta A550) dan pada 1996 (Akta A496). Pindaan pada 1975 dikatakan yang paling zalim dan mencabuli hak mahasiswa sehingga ianya berjaya menakutkan mahasiswa untuk bergiat aktif dalam politik dengan mengancam mereka untuk ditahan di dalam ISA (Akta Keselamatan dalam Negeri). Pindaan pada 1975 ini dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Tujuan utama Tun Mahathir membuat pindaan ke atas AUKU 1971 ialah untuk menghapuskan suara mahasiswa yang pada ketika itu yang semakin berpengaruh.  Ini adalah kerana mahasiwa pada ketika itu banyak memperjuangkan isu-isu masyarakat dan sokongan dari masyarakat juga terhadap mahasiswa.  Mahasiswa mengambil berat ke atas kebajikan masyarakat dan juga akan mengkritik kerajaan jika terdapat sebarang salahlaku.  Untuk menghentikan kritikan ini, Tun Mahathir telah berjaya menakutkan sebahagian mahasiswa dengan menggunakan AUKU. Walaupun selepas penguatkuasaan AUKU, mahasiswa tetap memperjuangkan hak-hak asasi mahasiswa dengan mendemostrasi pada tahun 1971, 1972 dan 1973.  Pada tahun 1971, AUKU dicabar secara terbuka oleh mahasiswa dengan mengadakan demonstrasi yang mengkritik kesalahan kerajaan Thai yang menzalimi golongan Muslim di Pattani.

 

Majlis Perwakilan Pelajar ataupun MPP ini merupakan badan pelajar yang dilantik untuk mengurus tadbir hal ehwal pelajar. Fungsi majlis perwakilan pelajar ini adalah untuk membantu mahasiswa menyelesaikan masalah yang membelenggu mahasiswa. Selalunya isu yang menjadi hangat dalam kampus ini ialah seperti isu wifi, isu infrastruktur, isu system seperti pendaftaran subjek, denda dan sebagainya. Dah nama pun wakil pelajar kan sudah semestinya semua pelajar akan point kesalahan universiti kat mpp ni semua. So, nak jadi MPP tu memang dah kena bersedialah untuk dikecam, dikutuk dan sebagainya. Sekiranya dahulu, ketika UMNO memegang tampuk pemerintahan kerajaan, boleh dikatakan hampir kesemua universiti ditadbir oleh MPP yang ke arah Aspirasi. Kalau UKM memang dengan  Apsirasinya. Kalau UM dengan parti penggeraknya. Tetapi, selepas perubahan kerajaan pimpinan di peringkat nasional kita dapat melihat bahawa corak pemerintahan di universiti juga telah melalui bebrapa perubahan. Kalau di UKM, kita dapat melihat parti gabungan mentadbir pelajar universiti tersebut. Kita juga dapat melihat selepas perubahan kerajaan tadbir di peringkat nasional, banyak parti politik kampus yang tumbuh. Macam di UKM, kita ada Revolusi Mahasiswa, kita ada Republican. Kalau di uni lain kita tak sure lah ade ke tak. Hmm Alyaa rasa ade Cuma tak didedahkan. Haa kalau UM (Universiti Malaya), PRK mereka tahun ini mereka menghadap 5 penjuru kalau bertanding. Waaahh. Gila lah! Dikatakan di UM ni ada Parti Penggerak Mahasiswa (parti yang dikatakan bawah UMNO) lah. , parti Suara Siswa, parti Neo-Siswa, Harmoni dan Pewaris. Jadi kita boleh lihat perubahan kerajaan ini sebenarnya disebabkan oleh perubahan tadbir kerajaan politik Nasional.

Pelajar-pelajar di kampus terutamanya di Universiti Awam seperti UKM, UM dan UiTM mula memandang serong kepada MPP universiti mereka kerana sebilangan daripada pemimpin mereka uni mula melibatkan diri dengan program yang dianjurkan oleh kerajaan. MPP-MPP ini direkrut untuk menyertai PEMANAS dan ada juga yang direkrut untuk menyertai PAU (Perhimpunan Agung UMNO). Program PEMANAS ni stands for Persidangan Mahasiswa Nasional. PEMANAS ni dah dianjurkan sebanyak 5 kali daripada PEMANAS sehingga PEMANAS 5.0. Hebat betul ye sambutan terhadapa PEMANAS ni sehingga dah diadakan sebanyak 5 siri. PEMANAS ini dianjurkan oleh Biro Pendidikan UMNO. Wow, berani betul ye? Kalau diikutkan AUKU, pelajar Universiti tidak boleh terlibat dalam politik luar tapi kenapa ada pelajar yang pergi ke PEMANAS ni? Tak dikenakan tindakan undang-undang pulak? Tapi yang lebih mengejutkan apabila akan ada peserta yang mempunyai kebolehan untuk menyampaikan speech akan dibawa ke PAU ataupun Perhimpunan Agung UMNO. Sungguh hebat ye program PEMANAS ni. Alyaa pun confuse sebenarnya tak boleh libatkan diri dalam politik luar secara keseluruhan ke boleh libatkan diri dengan UMNO sahaja? Hmm sangat mengelirukan. Tapi selepas perubahan kerajaan ini program PEMANAS dah tiada. Perkara ini juga menimbulkan tanda tanya kenapa program tiba-tiba dah takde. Haa. Anda rasa kenapa? Alyaa rasa mungkin UMNO merasakan program tersebut akan mendapat kecaman hebat ataupun mungkin program itu tidak akan mendapat sambutan? Mungkin?

 

Bercakap pasal politik kampus dan perkaitannya dengan politik nasional, memang benar bahawa kalau mengikut AUKU, pelajar tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana parti politik di luar kampus tetapi kenapa pihak UMNO yang merupakan kerajaan ketika zaman itu masih lagi menganjurkan program yang berkaitan dengan UMNO siap bawak student ke Perhimpunan Agung UMNO? Persoalannya adakah hanya parti UMNO sahaja yang boleh disertai pelajar? Sebab kita dapat melihat bahawa tiada tindakan yang diambil kepada pelajar yang menyertai program ini. Bahkan ada pelajar yang memasukkan kehadiran mereka ke program ini di dalam resume mereka sebagai satu pencapaian. Contohnya seperti Saudari Emyra Khairany, Saudara Farhan Khairuddin dan Saudara Haziq Shafie’ee.

Sebenarnya, amat penting untuk MPP ataupun wakil pelajar universiti ini mengambil tahu berkenaan dengan apa yang jadi dengan politik semasa. Nama pun public figure kan. Tetapi kalau untuk membenarkan parti politik menggunakan mahasiswa sebagai wajah baru untuk menyebarkan propaganda adalah tidak betul sama sekali. Ya, benar kita tak boleh untuk mengasingkan antara politik kampus dan politik nasional namun biarkan sahaja mahasiswa untuk bebas berpolitik di dalam kampus tanpa apa-apa bantuan daripada mana-mana parti politik di luar.