The Great Firewall of China

Sama seperti fungsi Tembok Besar China yang menghalang musuh daripada masuk ke negara China suatu ketika dahulu, begitu lah fungsi The great firewall of China ni (GFW). The Great Firewall of China ialah suatu sistem gabungan undang-undang dan teknologi yang dikuatkuasakan di Republik Rakyat China bertujuan mengawal kemasukan maklumat Internet dalam negara tersebut. Peranannya dalam penapisan Internet di China adalah untuk menyekat akses ke laman web asing terpilih dan untuk melambatkan lalu lintas sempadan internet.

The Great Firewall of China ni mengehadkan akses kepada sumber maklumat asing, menyekat alat internet asing contohnya carian Google , Facebook , Twitter , Wikipedia ,  dan lain-lain  dan aplikasi mudah alih, dan memerlukan syarikat asing untuk menyesuaikan diri dengan peraturan domestik.

Selain penapisan, GFW juga mempengaruhi perkembangan ekonomi internet dalaman China dengan memupuk syarikat tempatan  dan mengurangkan keberkesanan produk daripada syarikat-syarikat internet asing.

Walaupun GFW ni menghalang akses kepada platform media sosial asing ni, diorang tak ketinggalan dan ada sosial media sendiri tau. Sebagai contoh Baidu yang menggantikan Google.

Selain itu diorang jugak ada Weibo fungsinya lebih kurang macam Twitter lah.

Untuk menggantikan Facebook pulak, diorang ada Renren!

Kalau nak layan video pulak diorang ada Youku dan Tudou. Macam tu lah powernya China ni!