Makin kecoh dan gemparkan bila Iran dan mula serang Amerika Syarikat!
Apa punca sampai boleh serang menyerang? Akibat kematian seorang General yang bernama Qassem Soleimani yang dibunuh oleh Pentadbiran.
Majer Jeneral Qassem Soleimani merupakan ketua pasukan Quds revolusi islam (IRGC) mati akibat serangan udara yang dilepaskan atas arahan Donald Trump.
Soleimani terbunuh di lapangan terbang Baghdad. Tempat tersebut dihujani roket tentera Amerika Syarikat selepas tengah malam. Rupanya bukan ini sahaja general ini terbunuh, banyak kali dia hampir terbunuh.
Ada yang mengutuk perbuatan trump dan ada yang menyokong sebab Iran ramai rakyat Syiah. Kalau dilihat melalui mata kasar masing-masing mempunyai matlamat tersendiri.
Di Iran, General Soleimani merupakan komandor yang disegani dan dihormati. Terkenal sebagai “komandor bayangan” bila memjadi ketua pasukan Quds 1998.
Terkantoi pula bila rupanya Iran telah melanggar perjanjian Nuklear pada tahun 2015/2004. Amerika Syarikat pula tarik diri dengan perjanjian tersebut dengan menyekat minyak ke Iran.
Perjanjian Nuklear ini bermula dari dua negara besar yang itu Finland dan Ireland. Mereka yang cadang dan mereka tandatangani pada 11 Mei 1968.
Perjanjian Nuklear banyak ditandatangani oleh negara-negara besar seperti Iran, Amerika Syarikat, India, Pakistan tetapi Isreal tidak menandatangani perjanjian ini.
Sampai bila lagi dua gajah besar berhenti bergaduh? Apa yang dimahukan sebenarnya oleh Iran sedangkan general Soleimani telah meninggal pada 3 Januari minggu lalu.
Mengapa Trump tak menyerang kembali sedangkan rakyat yang sengsara akibat peluru yang dilepaskan oleh Iran. Tak perlu halalkan peperangan Iran dan Amerika Syarikat kerana rakyat yang jadi mangsa.
Pemimpin yangg salah tapi rakyat pula yang kena! Hentikan peperangan dan tiada World War III.