- Virus yang berasal dari Wuhan China
Wabak corona yang bermula di wuhan kini merebak , dan dijangka mungkin ke seluruh dunia. Asalnya virus ini dari seorang pesakit yang pernah pergi ke pasar Huanan di Wilayah tersebut yang menawarkan pelbagai haiwan hidup dan basah untuk dijadikan makanan . Virus itu berpunca dari haiwan tersebut dan boleh merebak .
2. Wuhan China mengalami saat genting kerana VirusCorona
Macam kita tahu angka pesakit yang dijangkiti virus ini semakin meningkat dan diluar kawalan . 132 orang mati dan hampir 6,000 dijangkiti ini disahkan di tanah besar China, kerana korona virus Wuhan merebak di seluruh Asia dan seluruh dunia.
3. Negara yang mendapat tempias Virus Korona
Bukan di Wuhan sahaja yang dijangkiti malah luar China juga , itu yang menjadi kerisauan negara lain seperti Malaysia , Amerika Syarikat , Korea Selatan dan Vietnam ada lagi 6 negara yang dijangkiti . Ini kerana pelancong dari China datang ke negara luar dan didapati positif virus.
4 . Rakyat China dikuarantin di negara sendiri
Hampir 60 juta orang berada di bawah kuarantin di Wuhan tindakan yang betul agar virus ini tidak merebak . Oleh itu , Kesan pencegahan semakin meningkat dan rakyat lebih berhati-hati dengan selalu memakai mask , selalu basuh tangan , tidak keluar rumah agar tak terdedah dengan orang , semestinya makan makanan yang sihat .
5. Lebih 4000 Pelancong Wuhan masih di Overseas
Ramai warga wuhan masih berkeliaran di negara luar kerana ingin menyelamatkan diri dari virus , namun setiap negara sudah pun keluarkan penyataan yang warga wuhan akan di hantar balik ke negara asal dan di kuarantin . Manakala pelancong dari negara lain di Wuhan juga dihantar balik ke negara masing- masing .
6 . Pasar Raya di bahagian Asia kini Kehabisan Stok!
Oleh sebab rakyat dikuarantin maka semua berebut membeli bekalan makanan untuk beberapa hari mungkin minggu sebagai makanan harian semasa kuarantin di rumah masing-masing bagi mengelak jangkitan virus, Sekolah juga ditutup sehingga kes ini reda . Mask juga dihantar berkotak-kotak dari saudara-mara dari luar negara sebagai langkah pencegahan.
7. Pihak Hospital di Wuhan semakin huru -hara
Macam kita tahu ada seorang doktor yang merawat pesakit virus korona ini meninggal dunia . Oleh itu , kawalan dari segi pemakaian semakin ketat , haruslah menutup semua anggota badan termasuk muka dan rambut bagi mengelak jangkitan . Bekalan ubat diperlahankan dan diberi semasa berjuang untuk pesakit . Bantuan kakitangan dan bekalan tambahan juga diberi oleh Pihak berkuas China. Hospital Kuarantin yang dijangkan siap dalam masa enam hari juga sedang dijalankan .