The Irishman Wajib Tonton Sebelum Mati

Dilahirkan pada 17 November 1942 ialah seorang pengarah filem, penerbit, pelakon, penulis skrip dan sejarawan filem Amerika Syarikat. Telah dicalonkan lapan kali, tetapi Martin Scorsese hanya memenangi Anugerah Akademi untuk Pengarah Terbaik sekali sahaja pada tahun 2006 menerusi filem The Departed. . Inilah, mungkin, ketidakadilan terbesar dalam sejarah Oscar, untuk menperingatkan dia.

Martin Scorsese semasa muda.

Martin Scorsese tetap menjadi salah seorang pembuat filem yang paling dihormati sepanjang masa. Dia telah membentuk imej popular moden kita tentang gangster itu, menangani watak dan cerita yang paling berpengaruh dalam sejarah Amerika dan manusia. Sememangnya dia tidak memerlukan anugerah itu, kerana pengaruhnya sudah cukup besar dalam industri, gayanya yang lain dari lain, dan rangkaiannya luas.

SINOPSIS THE IRISHMAN

The Irishman merupakan film yang diadaptasi dari buku “I Heard You Paint Houses” karya Charles Brandt. Buku itu mengisahkan kisah realiti kehidupan Frank Sheeran (dilakonkan Robert De Niro), seorang pembunuh upahan di New York City pada 1970-an.

Sebagai penipu dan pembunuh upahan, Sheeran diketahui bekerja sama dengan beberapa tokoh paling dikenali di abad ke-20.

Kisah ini juga bercerita tentang gangster di Amerika setelah perang tamat, di mana terdapat salah satu misteri terbesar yang belum diselesaikan dalam sejarah dimana hilangnya seorang bos legendary Jimmy Hoffa (Al Pacino).

Dari situasi tersebut, film ini juga menampilkan geng samseng di dalam alam pekerjaan, persaingan serta hubungan dalam politik. Bagaimana kejadian itu kemudian dikaitkan dengan hubungan Sheeran, Hoffa dan kelompok mafia the Bufalino Crime Family dengan salah satu anggotanya, Russell Bufalino (Joe Pesci).