Dress Code Kampus Paling Wow!!

Kita semua hanya tahu Dress Code di kampus Malaysia macam mana ? Tak boleh seluar pendek, berselipar, rambut berwarna warni dan sebagainya. Tapi pernah tak korang tahu macam mana Dress Code kampus luar negara?

Contoh Pakaian pelajar UPM

Kalau nak tahu, Dress Code ni dimaksudkan sebagai garis panduan pemakaian. Korang tahukan Korea merupakan negara yang tak pernah lapuk dengan Fashion tetapi bagaimana pemakaian mereka apabila ke kampus?

Kampus di Korea mengamalkan pemakaian yang bebas seperti kampus Malaysia tetapi terdapat beberapa larangan yang harus mereka ikut dimana lelaki tidak boleh memakai seluar pendek dan perempuan tidak boleh memakai makeup yang tebal. Jika ada event yang penting baru mereka dibenarkan untuk memakai alat solek yang tebal.

Cara pelajar Korea berpakaian

Tapi ini berbeza di The St. Francis Collage yang terletak di India. Mereka perlu memakai Salwar Kameez dan Dupatta. Salwar Kameez merupakan pakaian tradisional negara India yang dipakai oleh wanita dan Dupatta merupakan shawl panjang akan diletakkan pada bahu. Pelajar lelaki di kolej ini akan memakai seluar slack, baju kemaja dan bertali leher yang bersifat formal. Perempuan dilarang memakai seluar Legging dan lelaki mesti berambut pendek.

Tidak dilupakan juga negara jiran kita iaitu Indonesia. apa yang uniknya mengenai mereka ialah mereka bebas untuk memakai apa sahaja untuk ke kampus. Seperti yang kita tahu, indonesia banyak kolej atau universiti islam tapi pernah tak korang tahu sejadah yang di bawa di atas bahu membawa makna. Sejadah kecil menunjukkan mereka itu seseorang yang masih baru dan sejadah besar adalah sebaliknya.

Nak tahu tak di Thailand panduan pemakaian mereka penuh dengan makna. Pelajar kampus di sana harus memakai pakaian putih hitam. Berbaju putih dan berkain atau berseluar hitam. Yang menariknya, pakaian ini menujukkan yang mereka amat disiplin dan salah satu tradisi pelajar Thailand. Pelajar universiti amat menyukai uniform mereka dan hampir 70% datang kelas dengan memakai uniform.

Pakaian putih hitam kebanggaan Thailand

Walaupun hanya sekadar mengenai pakaian hitam putih, mereka amat menghormati dan mengagumkan pakaian tradisi mereka. Setiap negara mempunyai Dress Code tersendiri yang harus dipatuhi apabila berada di kampus.