1 . Separuh rakyat Malaysia Keras kepala!
Memalukan apabila Perdana Menteri kita sendiri merayu agar rakyat ” duduk di rumah ” dan hanya 60% je yang ikut perintah yang lain keras kepala masih tak endah dengan bahaya Covid-19 . Ada yang keluar rumah tanpa sebab , makan di kedai makan dan lakukan aktiviti riadah . Nak tunggu teruk macam Italy baru nak sedar ke?
2. Dua kes kematian dah bagi ” hint”
Malaysia dah ada dua kematian walaupun baru dua , tapi sekali gus membuka mata rakyat teruk bahaya covid-19 ni sampai jenazah pesakit ni dimasukkan dalam plastik beg dan hanya boleh ditayammum , ahli keluarga hanya boleh tengok dari jauh tanpa memberi ciuman terakhir . Sampai tahap macamtu tak nampak lagi bahaya Covid-19 taktahulah!
3. Polis sekolah kan rakyat yang degil !
Rakyat Malaysia tegur cara baik tak jalan , diarahkan jangan keluar rumah tapi ada yang tenang keluar untuk berjalan dengan family , siap makan di kedai walaupun dah diberi tahu hanya boleh tapau sahaja . Oleh itu , Polis ambil tindakan dengan buat Operasi Sekatan jalan raya dan menyerbu tempat yang masih ada orang lepak ! susah ke nak faham ? ” Duduk rumah diam diam” .
4. Boss tamak paksa pekerja kerja
Ada segelintir bos contohnya majikan kilang yang tak bagi cuti dekat pekerja walaupun dah dapat arahan dari perdana menteri kita , sebab fikir keuntungan syarikat . Bos macamni akan diambil tindakan oleh pihak atasan sebab tak patuh arahan , dan pekerja ada hak buat report jika dipaksa kerja sebab pekerja bukan ” kebal Covid-19 ” . Fikir tentang diri sendiri dan orang lain juga okay!