Tak Haram Ucap Merry Christmas.

 

 

Setiap tahun menjelang Krismas, mesti isu wish tak wish ni timbul. Lebih mengelirukan lagi bila Zakir Naik mengatakan ucapan “Merry Christmas” dari seorang Muslim adalah dosa besar yang jauh lebih teruk dari zina. Dosa syirik! Na’uzubillah. Sebagai orang Islam, mesti ramai yang risau akidah mereka terganggu disebabkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zakir Naik. Tapi Malaysia ni hidup berbilang kaum, macam mana caranya kita nak hormat mereka ?

Rileks. Jangan gelabah. Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli ada keluarkan kenyataan pada 2018 bahawa hukum ucapan Krismas adalah “HARUS” kepada umat Kristian. Ini bagi mengekalkan keharmonian negara kita yang hidup dalam pelbagai kaum, bangsa dan agama. Walau macam mana pun ada garis panduan disediakan supaya umat Islam tidak terlibat dalam perkara yang akan memesongkan iman.

Sebagai contoh, memberi dan menerima hadiah dibolehkan, tapi pemberian hadiah berupa arak adalah dilarang. Umum mengetahui arak adalah HARAM dan pemberian arak sebagai simbolik kepada perayaan itu tidak dibenarkan. Nak bergambar dan mengikuti jamuan juga dibolehkan, asalkan bukan di tempat ibadat umat Kristian (makruh). Risau jika perbuatan itu mendatangkan fitnah. Orang zaman sekarang semua benda nak viralkan tanpa siasat terlebih dulu. Jadi kalau boleh elakkan lah pergi ke tempat ibadah kaum lain.

Untuk maklumat yang lebih jelas, boleh refer laman web ini. Panjang lebar huraian yang diberikan. Semoga selesai kekeliruan kita semua berkenaan isu ini. Selamat Hari Krismas gais!

COMMENTS