SQUID GAME: Ada Yang Tiru Malaysia?

Negara kimchi ini sudah invade seluruh dunia dengan industri entertainment mereka tapi korang tau tak ada persamaan antara kita dengan dorang in terms of permainan tradisional?


Mugunghwa Kkoci Pieot Seumnida (bunga raya dah kembang) dan Rebut Tiang Empat

Dalam versi Malaysia, penjaga kena tutup mata dan yang lain kena rebut atau tukar tiang. kalau penjaga dah bukak mata, pemain yang fail dapat tiang akan kalah.

Versi korea pulak, pemain perlu bergerak ketika penjaga tidak nampak dan kalau penjaga nampak….habislah!

Tug of War dan Tarik Tali

Tug of War ataupun Juldarigi dengan tarik tali versi Malaysia ni yang paling samalah! Dimainkan oleh dua kumpulan pemain dan dorang kena tarik tali sehingga tanda pihak lawan berada di kawasan pemain.

Glass Stepping Stone dan Teng-Teng

Dalam Squid Game, glass stepping stone ni diilhamkan oleh permainan kanak-kanak disana nama Sabangjigi. Game ni sama macam game teng-teng yang selalu kanak-kanak Malaysia main. Masa main game ni korang kena hati-hati sebab takut terjatuh macam dalam Squid Game tu!

Squid Game dan Police Entry

Kalau di Korea Selatan, game ini dipanggil eojing eo geim dan persamaan kedua-dua game ini adalah ianya sejenis permainan kejar-kejar yang sering dimain oleh kanak-kanak.

COMMENTS