Sleeping Beauty Itu Wujud!

Meninggal pada 90 tahun yag lalu berserta dengan pengawetan yang sempurna membuatkan Rosalia Lombardo dijolokkan nama Sleeping Beauty.

Gadis yang meninggal pada usianya 2 tahun kini masih berada dalam keadaan yang sempurna hasil daripada pelbagai kimia yang dicampurkan oleh Alfredo Salafia. Rosalia meninggal akibat pneumonia lalu Mario Lombardo, iaitu seorang ayah yang amat bersedih atas kematian anak gadisnya itu meminta Salafia untuk mengawet mayat Rosalia.

Time Lapse yang berjaya ‘menangkap’ pergerakan mata mayat Rosalia membuka mata.

Ada yang mengatakan bahawa mumia Rosalia adalah berhantu kerana mata Rosalia akan terbuka dari semasa ke semasa dan mata biru Rosalia dapat dilihat menerusi kelopak matanya yang terbuka separuh itu. Namun, Piombino-Mascali menafikan sebarang entity lalu menjelaskan bahawa mata Rosalia kelihatan terbuka adalah kerana ilusi mata dan juga cahaya.

Mumia Rosalia boleh dilihat di Capuchin catacombs of Palermo in Sicily. Capuchin Catacombs of Palermo ialah kubur bawah tanah di mana tempat ini juga dikenali sebagai Catacombe dei Cappuccini. Polermo terletak di Itali dan kubur bawah tanah ini sudah berabad lamanya. Tempat ini sangat menarik untuk dilawati kerana biarpun namanya adalah sebuah kubur, namun mayat-mayat yang berada di bawah sana bukanlah ditanam, malah dipamekan di dinding-dinding dan juga di dalam keranda. Agak-agaknya bau dia macam manalah ya?