SFM 2026: Bukan Hanya Untuk Selangor

SFM 2026: Bukan Hanya Untuk Selangor

Namanya Selangor Football Music. Tapi kalau datang dengan anggapan ini festival untuk orang Selangor semata-mata, anda silap.

SFM bukan anjuran Selangor FC. Bukan projek mana-mana persatuan negeri. Festival ini dianjurkan sepenuhnya oleh komuniti penyokong bola sepak tempatan yang tidak terikat dengan mana-mana kelab atau badan bola sepak.

Apa yang mereka cuba bina jauh lebih besar daripada sebuah identiti negeri.

SFM 2026 ialah ruang untuk meraikan bola sepak tempatan. Tak kira anda penyokong Johor, Kedah, Sabah, Terengganu atau Selangor sendiri, semua orang dijemput masuk ke dalam galaksi SFM 2026!

Konsepnya mudah tetapi berkesan: bola sepak sebagai identiti, muzik sebagai bahasa.

Pada 26 Julai 2026 nanti di Petaling Jaya, SFM 2026 kembali dengan tema galaksi. Satu pilihan yang menunjukkan keberanian festival ini untuk bergerak di luar formula biasa. Ketika banyak festival memilih pendekatan yang sama saban tahun, SFM 2026 memilih untuk membina dunia mereka sendiri. Ia bukan sekadar dekorasi atau tema di poster.

SFM 2026 mencipta pengalaman yang membuatkan pengunjung rasa mereka sedang berada di tempat yang berbeza daripada festival lain. Dalam era di mana penonton semakin cepat bosan dengan format yang sama, pengalaman menjadi mata wang paling bernilai. SFM 2026 nampaknya faham perkara itu.

Salah satu kemunculan yang paling menarik perhatian tahun ini ialah Over Distortion dari Indonesia!

Band dari Sleman ini bakal membuat penampilan sulung mereka di Malaysia. Bagi peminat muzik alternatif dan budaya bola sepak, ini bukan sekadar peluang melihat sebuah band luar negara beraksi. Ia adalah pertemuan dua komuniti yang berkongsi semangat yang sama walaupun datang dari negara berbeza.

Lebih menarik, SFM 2026 tidak bergantung kepada lineup semata-mata. Festival ini turut menampilkan galeri seni daripada penggiat kreatif tempatan serta ruang untuk komuniti dan penyokong dari pelbagai latar belakang berkumpul dalam suasana yang sama. Ini DNA SFM sejak edisi pertamanya pada 2024.

Pada akhirnya, bola sepak dan muzik sentiasa mempunyai satu persamaan.

“A sense of belonging”

Dan jarang sekali dua dunia itu bertembung dalam satu ruang yang sama. SFM 2026 cuba menjadikannya kenyataan.

Tiket Early Bird kini sudah mula dijual.

Follow Selangor Football Music untuk perkembangan dan pengumuman terkini.