Sekolah diserbu Jin !

Image result for sekolah berhantu
  1. Penang Free School, Pulau Pinang

Sekolah yang berusia lebih 200 tahun ni , jadi seram bila lampu berkedip-kedip dan bunyi-bunyian pelik tu dah biasa . Ada juga pelajar yang kata dengar jeritan seorang wanita lewat tengah malam yang dikatakan roh banduan yang diseksa semasa zaman penduduk jepun .

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Serian, Sarawak

Sekolah yang terletak di sarawak ni jadi tumpuan bila pada tahun 2008, 12 pelajar sekolah diserang histeria menjerit -jerit di berkelakuan di luar kawalan .Serangan histeria beramai-ramai itu mendatangkan begitu banyak gangguan sehingga kelas terpaksa digantung oleh pihak berkuasa.

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur

Ramai tentera British dan penduduk tempatan yang telah diseksa dengan kejam hingga mati sekolah ni.Menjadi seram bila ada penampakan pada siang hari dan juga pada malam hari , banyak kes histeria .Salah satu kes adalah anggota band yang sedang berlatih sehingga lewat pada satu malam ‘hilang’ dan hanya kemudiannya ditemui di atas tangki air.

4. SMJK Confucian dan Methodist Boys’ School, Kuala Lumpur

Kedua-dua sekolah ini dikatakan dihubungkan melalui sebuah terowong bawah tanah yang dibuat semasa Pendudukan Jepun.ada yang nampak roh-roh yang berkeliaran di sekitar dewan sekolah pada waktu malam. Cerita yang paling sering didengar adalah penampakan atau bunyi tentera Jepun yang berkawad lewat tengah malam.

5. Sekolah Kebangsaan Danau Perdana, Kuala Lumpur

Sekolah ni dikosongkan dari 2005 sampai ke harini . Oleh itu banyakyang datang untuk buat paranomal . Salah satu kisah yang terkenal ialah sekolah ini telah didiami oleh seekor pontianak, iaitu roh seorang wanita yang meninggal ketika mengandung dan didakwa sebagai salah seorang tukang cuci sekolah berkenaan.

COMMENTS