Sebab Macam Ni Pun Boleh Mati?

Jangan main-main walaupun anda rasa benda tu remeh! Nyawa anda mungkin melayang. Orang sekarang sanggup membunuh disebabkan perkara yang kecil. Tengok 3 kes bunuh kat bawah ni,mesti anda tak sangka ada yang sanggup membunuh disebabkan masalah kecil macam ni kan?

Masak Tak Sedap Punca Kes Bunuh.

Sumber: Google

Mohamad Rosli Naqur Ghani dijatuhkan hukuman sampai mati pada Oktober 2019 kerana bertidak menendang, memukul dan menumbuk rakan serumahnya sehingga mati pada tahun 2017.

Tertuduh dikatakan menegur masakan mangsa tidak sedap sehingga mangsa tidak berpuas hati dan menimbulkan perselisihan. Tertuduh bertindak agresif menyerang mangsa sehingga mangsa meninggal dunia di hadapan pintu rumah di subuah estet di Mentakab.

‘Bila Nak Kahwin?’

Sumber: Google

Siapa yang suka tanya orang lain bila nak kahwin tu dah boleh berhenti tanya kot. Seperti kes di Garut, suspek membunuh jirannya yang hamil hanya kerana terasa bila mangsa menggesanya untuk berkahwin.

Pada mulanya, suspek hanya duduk termenung sebelum mangsa tiba-tiba melintas dan terus menggesanya untuk berkahwin. Lantaran itu suspek terus pergi ke rumah mangsa. Tanpa sebarang prasangka, mangsa menjemput suspek ke rumah dan mengakibatkan pergelutan yang berakhir dengan kematian.

Tak Puas Hati Abang Selalu Pakai Baju Awek.

sumber: Astro Awani

Pinjam baju pun boleh kena bunuh. Haih! Tapi tu la hakikatnya. Kejadian berlaku di Kepala Batas pada 6 Mac lalu. Suspek berang dengan abangnya yang memakai baju T shirt pemberian teman wanitanya sehingga berlaku pergelutan. Mangsa kemudia meninggal dunia selepas ditikam di belakang leher.

Suspek kemudian bertindak menyimpan mayat mangsa di dalam sebuah tong kosong yang diisi simen. 2 hari kemudian suspek menceritakan kejadian berkenaan kepada seorang lagi abangnya. Abang suspek bertindak melaporkan kes tersebut kepada pihak polis. Kes masih lagi disiasat.

COMMENTS