High School Korea Seksa Student !

Semua suka Korea kan ? Tapi korang tahu tak lifestyle mereka dekat sekolah. So, jom kita tengok satu persatu.

1. Sesi Pembelajaran 16 hingga 18 Jam Setiap Hari

Pelajar dekat korea Selatan ni khususnya sekolah menengah banyak habiskan masa dekat sekolah dari dekat rumah. Mana taknya mereka mula belajar dari pukul 7.00 pagi sampai 9.30 malam. Itu belum lagi campur kalau ada kelas tambahan or bimbingan, berkampunglah dekat sekolah. Dashyatnya. Tak tepu ke otak belajar lama-lama kan ? Ish ishhhh.

2. Makanan Sihat di Kantin

Setiap sekolah di Korea Selatan ni akan terapkan prinsip untuk hidangkan makanan sihat untuk pelajar setiap hari tau. Jadi, dekat kantin sekolah mereka, memang susah nak dapat makanan segera or makanan yang guna minyak sebabnya semua mestilah fresh dan bukan makanan yang dipanaskan. Bestnya kan ? Badan sihat, otak pun cerdas. Gituuuu.

3. Sekolah Tidak Sediakan Tisu

Nampak macam pelik tapi memang betul. Inilah peraturan yang ditetapkan dekat sekolah Korea. Mereka terapkan dalam diri pelajar untuk bawa tisu sendiri supaya mereka menjaga kebersihan diri. Wowww. Baguslah tu. Mesti sekolah diorang pun boleh bersih kan!

4. Kasut Khas Kawasan Dalam Sekolah

Sama seperti sekolah di Jepun, Korea juga menyediakan kasut khas untuk dipakai dalam kawasan sekolah yang bernama ‘uwabaki’. So, bila mereka sampai je dekat area indoor, automatik kena tukar kasut and pakai kasut khas tu. Dah macam dekat rumahlah tapi kalau stoking time tu busuk, nasiblah. Huhuhu.

5. Persaingan Ketat Masuk Universiti

Macam kalau kita tengok drama or movie Korea, mereka ni memang akan bersungguh-sungguh belajar hinggakan sanggup khianat kawan sendiri kan ? Ini sebabnya bagi pelajar Korea, ujian untuk masuk universiti atau ‘suneung’ adalah ujian paling susah sekali. Tambah lagi, persaingan mereka untuk masuk universiti memang ketat and terhad. So no wonderlah mereka ni sanggup study sampai berdarah hidung. Kesiannya !

So korang sanggup ke tidak nak sekolah dekat Korea tu. Memanglah boleh jumpa muka babyface tapi peritnya hanya diorang je tahu.