SATIRA POLITIK SEMAKIN PUPUS DI MALAYSIA

Negara kita adalah negara berbentuk Demokrasi dimana rakyatnya mempunyai hak bersuara. Tetapi sejauh manakah rakyat boleh menyuarakan pendapatnya?  Satira adalah gaya bahasa untuk menyatakan sindiran terhadap suatu keadaan atau seseorang. Satira biasanya disampaikan dalam bentuk ironi, sarkasme, atau parodi. Satira politik adalah sindiran yang dikemukan oleh mana-mana pihak yang tidak berpuas hati terhadap sistem political negara. Kita boleh ambik contoh dari luar negara, Charlie Chaplin yang telah mengkritik kerajaan mengenai dasar ekonomi kapatalisme pada tahun 30an dimana tenaga pekerja telah dieksplotasi oleh majikan, satira ini disampaikan dengan baik melalui filem Modern Times 1936 dan ada banyak lagi filem beliau berbentuk satira politik seperti The Great Dictator dan The Immigrant. Bagaimana pula dengan satira politik di Malaysia? 

Unsur satira dalam sastera tradisional Melayu diadaptasi bukan sahaja dalam bentuk puisi dan pantun, bahkan turut masuk ke dunia filem kerana ia mampu menikam jiwa pembaca serta penonton. Tidak hairanlah, filem Melayu lama termasuk arahan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee sarat dengan satira berbaur lucu dan lembut, tetapi cukup kuat menampar bukan sahaja realiti zamannya, bahkan segar hingga kini. Menelusuri sejarah satira sejak zaman Yunani, seni itu bertujuan untuk mencapai moral dengan penggunaan bahasa yang indah tetapi menikam. Penggunaan unsur satira dalam politik boleh dianggap tidak begitu ketara sebaliknya unsur satira yang lebih banyak bertebaran ialah genre yang lebih lembut seperti syair dan pantun. Berbeza dengan sekarang, satira politik kebanyakkannya berbentuk visual dimana boleh dilihat secara mata kasar oleh orang umum. Kita boleh melihat contoh satira politik di dalam filem-filem hitam putih pramlee, lawak kartunis kampung boy iaitu LAT, buku “Shit” oleh sasterawan negara iaitu Shahnon Ahmad, lukisan badut Fahmi Reza dan karya Tanah air ku olah kolektif Pangrok Sulap.  Tetapi senario hari ini, didapati satira politik tidak lagi serancak dahulu di negara kita. 

Sepatutnya semakin lama kita merdeka, semakin banyak kekurangan kerajaan, semakin banyak jugalah content untuk rakyat bersatira kecuali kerajaan itu disayangi ramai. Tetapi sebaliknya  apa yang berlaku di negara kita, satira politik semakin merundum kerana adanya kekangan daripada politik yang ternyata berbeza daripada zaman dahulu. Hal ini adalah kerana undang-undang ataupun peraturan semakin diperketatkan dalam menyuarakan pendapat ataupun isu sensitive tentang negara. Kita boleh mengambil contoh dalam dunia filem dimana pada zaman hitam putih pramlee, tiadanya badan lembaga penapisan dimana tiada pantauan terhadap perfileman di Malaysia, yang bagus untuk para filmmaker, mereka bebas berkarya menyuarakan pendapat. Berbeza dengan sekarang, terdapatnya tabo dalam filem dan gerak geri filem dipantau oleh lembaga penapisan filem. Antara salah satu contoh tabo filem adalah filmmaker tiadak boleh membuat cerita yang memburukkan pihak kerajaan termasuklah badan kerajaan seperti askar dan polis. Selain itu, dalam dunia penulisan turut ada batasan dimana buku-buku sindiran politik akan di banned atau dilarang dipasarkan di negara kita. Buku shit tulisan shahnon ahmad juga pernah diharamkan dan sekarang ini. undang-undang baharu ini telah menyekat karyawan untuk menyampaikan satira mereka kepada orang umum. Undang-undang ini seakan menjadi pertahanan pihak kerajaan supaya tidak dikritik. Bukan itu sahaja banyak lagi sebab lain kurang satira politik di negara kita.

Budaya yang tidak peduli apa yang berlaku di dalam negara ataupun tidak mahu ambik tahu tentang politik kerana politik dianggap benda berat yang hanya sesuai untuk orang berumur ataupun orang yang mempelajari atau meminati politik. Golongan yang menganggap politik itu bukan untuk semua semakin berleluasa di negara kita terutamanya dalam kalangan anak muda kita. Contoh yang terdekat adalah undi 18 dimana ramai pelajar university yang tidak bersetuju dalam undi 18 dimana mereka beranggapan remaja berumur 18 tahun masih tidak matang untuk menggalas tanggungjawab itu. Siapalah kita ni mengukur kematangan sesorang berlandaskan umur mereka. Pendedahan politik seharusnya disemai dalam diri remaja sejak di bangku sekolah lagi supaya remaja lebih prihatin dengan apa yang berlaku di negara yang didudukinya.

Aktivis yang merasakan satira politik tidak dapat diterima atau tidak difahami oleh orang umum yang menyebabkan mereka kurang bersemangat dalam menghasilkan karya satira political. Hal ini juga berkaitan dengan apa yang jadi terhadap orang-orang yang tidak mahu ambik tahu tentang politik negara. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa orang Malaysia tidak berkebolehan dalam menulis satira politik yang baik. Hal ini berkaitan dengan system pembelajaran kita di sekolah kerana pembelajaran Bahasa melayu hanya focus kepada karangan semata-mata tanpa mengajar anak-anak Malaysia karya-karya sastera yang berbentuk politik. Kesudahannya mereka tidak dapat mempelajari sastera sehingga tidak dapat menulis satira yang baik seperti apa yang berlaku di Indonesia. Dimana mereka diwajibkan belajar sastera mereka, merek belajar puisi-puisi pemberontakkan Chairil Anwar, kisah hidup So hok gie dan juga membaca buku Mochtar lubis. Kesedaran patriotic Indonesia yang amat tinggi dan penulisan satira mereka juga amat baik dengan pendedahan sastera politik di sekolah mereka.

Orang zaman sekarang merasakan jika mereka menulis satira, ianya seakan membuka aib para pembesar ataupun mereka merasakan seperti menabur fitnah yang tidak wajar dilakukan seperti tuntutan dalam agama Islam. Pada zaman dahulu agama Islam tidak berkuasa seperti dahulu di Malaysia, malah ramai yang tidak menutup aurat seperti sekarang ini dimana orang ramai mulai mengambil berat tentang tuntutan agama. Mungkin disebabkan tuntutan agama ini mereka lebih sanggup berdiam diri daripada bersatira kerana takut menabur fitnah ataupun membuka aib para pembesar