Rogol atau Bukan?

Baru-baru ini, seorang wanita warganegara Malaysia yang berusia 38 tahun telah membuat satu laporan polis berkaitan dengan satu tindakan yang digelar STEALTHING! Stealthing ni adalah satu term yang tidak asing lagi dekat luar negara. Tapi dekat Malaysia tak pernah lagi rasanya orang buat report polis berkaitan stealthing ni.

Stealthing adalah tindakan dimana lelaki menanggalkan kondom ketika sedang menjalinkan hubungan seks walaupun pada awalnya telah bersetuju untuk memakai kondom. Tindakan ini adalah salah disisi undang-undang dan boleh disabitkan di bawah kes rogol tau! sebab seks tanpa persetujuan boleh diklasifikasikan sebagai rogol.

berbalik kepada kes wanita itu tadi, dia mendakwa bahawa dia hanya bersetuju untuk melakukan hubungan seks jika lelaki tersebut yang merupakan Foreigner, bersetuju untuk memakai kondom. Tapi halfway lelaki tu cabut pulak kondom. Jadi wanita ni rasa dia punya persetujuan dah dilanggar dan dia juga khuatir dia akan dijangkiti HIV aids disebabkan oleh tindakan lelaki tu.

Tetapi kes ni sekarang telah diserahkan kepada JAIS, berkemungkinan kerana wanita tersebut beragama islam. Jadi persoalannya disini, adakah wanita tersebut boleh mendapatkan keadilan di mahkamah tentang Stealthing ni? atau adakah dia akan didakwa dibawah mahkamah Syariah kerana perbuatan beliau ni dikira sebagai zina?