Rindunya Bazar Ramadhan!

Image: Sumber Astro Gempak

Puasa tahun 2020 tak ada bazar ramadhan di Malaysia. Semua kena duduk rumah lagi. Arghh rindunya nak jalan-jalan kat bazar, beli kuih muih dan menu berbuka yang lain.

Jom check beberapa menu yang wajib dicari time bulan Ramadhan. Memang selalunya ada time puasa je. Kalau hari biasa susah sikit la nak cari.

Air Katira

Air berwarna hijau ni memang laku keras bulan puasa. Minum sejuk-sejuk, ditambah biji selasih dan cincau, rasanya memang fuhhhhhh! Marvelous!

Kuih Tepung Pelita

Ini kalau lambat pergi bazar,memang tak dapat lah nak merasa. Dialas guna daun pandan, dibuat dari tepung beras mak aihhhh sedapnya cair dalam mulut.

Lemang Periuk Kera

Lemang dah rare dah sebab jarang nak jumpa hari biasa. Ni lemang periuk kera, lagi rare! Memang kena pusing bazar cari ni. Lagipun susah nak dapat stock periuk kera mungkin antara alasan tak ramai penjual jual menu ni.

Murtabak

Murtabak tak asing lagi la kalau bulan puasa. Tak bestnya kalau dapat murtabak bawang. Oii! Tadi order murtabak daging laaa bukan murtabak bawang.

Ayam Percik

Ayam yang disiram kuah pekat bersantan pergh! Dapat makan ni dengan nasi putih panas-panas pun dah on.

Popia Basah

Suka sangat popia penuh inti dan disiram sos pedas manis. Kalau ada taburan kacang tanah lagi merecik.

Ayam Golek

Geram je tengok ayam berdansa banyak-banyak. Baunya sampai lekat kat baju. Ngam la ni kalau cecah dengan sos blackpaper.

Badak Berendam

Kenapa entah dipanggil badak? Tak rupa macam badak pun.Tapi dessert ni memang sedap! Suka sangat!

Haa terliur kan? Tak ada bazar, tak ada hal. Boleh order kat group bazar online masing-masing. Siap hantar sampai rumah.

Selamat berbuka puasa guys!

COMMENTS