Ramalan Malaysia Tamat PKP

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020

Hello peeps, macam mana first few days puasa korang dalam #PKP ni? Its all good ke? Admin harapkan korang okay la puasa tahun ni tanpa rutin yang biasa kita lakukan setiap kali Ramadhan Al Kareem menjelang tiba.

Khamis lepas, kita disajikan dengan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tentang tarikh kita boleh start puasa. Sebak jugak admin sebab jauh daripada family. Selalu setiap tahun, puasa je mesti balik kampung sambut puasa sekali. Tapi puasa tahun ni sangat berbeza, Tiada solat jemaah, tiada bazaar Ramadhan, tiada moreh dan juga tarawikh.

PM umum lanjut PKP lagi

PM segak berbaju Melayu semasa perutusan khas semalam

Pada mulanya, admin macam dah boleh agak dah yang PKP ni akan dilanjutkan lagi. Sebabnya, ada ura-ura menyatakan bahawa selepas raya ke-empat barulah PKP kita ini akan dimovekan. Tetapi, ada beberapa perkara yang perlu kita tengok and belajar daripada Negara China yang dah bebas Covid-19.

Bila China Yakin untuk tarik Lockdown?

Ada dua perkara yang akan diambil perhatian oleh kerajaan sesebuah negara apabila mereka mahu untuk remove PKP ini. Antara perkara yang diambil kira ialah graf jangkitan penyakit covid-19.

Jadi mari kita tengok graf kes jangkitan Covid-19 dan graf aktif dirawat di China sehingga 23 April.

Kes Covid-19 di China sehingga 23 April 2020
Jumlah kes Covid-19 terkini di China

Kalau kita tengok graf jumlah koronavirus di China, dorang ambil masa 20 hari untuk tengok graf dorang ni flat curve baru dorang tamatkan lockdown. Manakala kalau peratusan kes yang aktif dirawat sehingga 23 April ialah sebanyak 1.15%. So macam mana dengan graf Koronavirus di Malaysia pulak?

Kes Koronavirus di Malaysia setakat 23 April 2020
Graf jumlah kes koronavirus di Malaysia
Kes yang sedang aktif dirawat di Malaysia

Kalau kita tengok keadaan graf kes jangkitan di Malaysia, boleh nampak yang graf kita ni semakin ke arah flat curve tapi belum sampai ke arah curve yang selama 20 hari. Baru je start curve mendatar tu. Kalau macam untuk kes yang aktif dirawat, sekarang ni ada dalam 34%. So, kita perlu untuk dapatkan graf yang flat dan juga jumlah kes yang dirawat bawah 1.5%. Maka persoalannya, adakah dua minggu lanjutan PKP ni cukup untuk mencapai segala target ini?

Semua ini adalah ramalan semata-mata dan diminta siapa yang baca berkenaan isu ini akan memahami apa yang telah pun dituliskan. Selamat berpuasa dan selamat ber pkp gais.