“Penatnya Puasa!” – Tips untuk Kekal Hidrasi di Bulan Ramadhan.

Puasa kalau tak kena gaya, separuh hari je dah out! Letih, nak air, tak ada tenaga dan sebagainya. So, macam mana nak maintain diri tetap proaktif dan cergas sepanjang hari?

Here are some tips yang MKR nak kongsikan dengan korang. Lepasni tak ada dah alasan nak baring je sepanjang hari.

Minum at least 500ml air masa sahur

Konsepnya mudah je. Pastikan minum air secukupnya. Bagi yang susah nak minum air banyak waktu sahur, cuba minum 2-3 teguk then stop. Lepastu ulang lagi.

Lambat-lambatkan waktu sahur

Sunat bersahur lambat. Klau niat sahur pukul 12 tengah malam,tu dah supper namanya ye. Bukan sahur. Bangun dan makan sejam sebelum subuh dah ok dah. Lama sikit makanan nak hadam dalam perut.

Berbuka dengan kurma & air

Kurma sifatnya manis dan bekalkan tenaga. Sesuai sangat lepas menahan lapar & dahaga sepanjang hari. Tak lalu telan kurma? Boleh rendam siap-siap buat minum masa berbuka nanti.

Jangan over-sweet!

Ye tau craving manis memuncak time buka. Tapi jangan melantak air katira, mango shake, puding dan kuih muih banyak sangat waktu berbuka. Kang makin pekat air kencing. Sudahnya buah pinggang kena kerja keras untuk balance kan balik & akhirnya makin banyakair hilang dari badan. Jadi bersederhana lah ye.

Banyakkan buah dan sayur

Liat sangat nak makan buah dan sayur. Sembelit kang baru tahu! Makan buah yang kaya dengan air seperti tembikai, betik & rambutan. Kalau sayur pula, makan lah timun, tomato atau bayam.

Jangan over workout.

Boleh nak workout, tapi keep it slow & steady. Jangan push sangat nanti lembik badan. Buat workout yang simple-simple pun ok. Tak gemuk la bulan puasa kalau makan waktu berbuka tu dijaga.

Tu dia tips-tips kekalkan air dalam badan. Semoga puasa kali ni semua semangat sampai akhir!

COMMENTS