Remaja Perasan Influencer?

Beberapa hari ini kecoh di media sosial pasal seorang remaja menggelarkan dirinya sebagai seorang “influencer” selepas beliau memuat naik satu video ketidakpuasan hati terhadap servis di sebuah kedai makan.

 

Ramai netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan remaja tersebut.

Persoalannya, siapa yang patut digelar influencer di Malaysia ni?

 

Walaupun tidak pernah menggelarkan diri sebagai influencer, mesti dah ramai yang mengenali Dr. Sheikh Muszaphar. Variasi posting beliau di Instagram tentang kesihatan, keluarga dan isu-isu semasa membuatkan netizen merasa lebih dekat dengan beliau.

 

Siapa je tak kenal Dr Amalina Bakri ni? Selepas viral kisah beliau mendapat 17A, Dr Amalina kini aktif memberikan input-input intelektual di media sosial.

Harap-harap remaja tersebut dapat mengambil contoh daripada influencer sebenar dan bukannya menggelarkan diri sebagai influecer dengan hanya memuat naik video di tiktok dengan mempuyai pengikut ratus ribu sahaja!