Isteri Bukan Hamba

Zaman sekarang ni ada lagi ke yang masih mengikuti tradisi lama? Dari memasak, menyediakan makanan kemudian menambah lauk yang berkurangan kepada mengemas dan menyuci pinggan semuanya di tangan wanita hanya kerana mereka bergelar isteri.

 

Faham, lelaki sibuk mencari rezeki tapi zaman moden ni sepatutnya kena ada “give and take” antara suami isteri. Biar sama-sama penat tapi sifat bekerjasama tu masih dikekalkan bukannya hanya mengharapkan isteri seorang sahaja yang memikul berat sendirian.

 

Seperti yang dikatakan oleh bro Akhi Fairuz ini, tradisi “lelaki hanya perlu duduk dan goyang kaki sahaja” tidak boleh dipraktikkan lagi. Korang setuju tak?