Ahad, 26 April 2026 – Hos Alep pergi ke Pasar Besar TTDI bukan untuk membeli sayur atau ikan, tapi untuk Record Store Day (RSD) 2026 anjuran Sputnik Rekodz. Acara tahunan global yang meraikan kedai muzik fizikal di seluruh dunia. Record Store Day adalah perayaan tahunan global untuk kedai muzik independent yang bermula di Amerika Syarikat pada tahun 2007. Apa yang menarik tentang RSD ialah rilisan eksklusif yang hanya boleh didapati pada hari tersebut.
Event yang berlangsung dari pukul 1 petang hingga 8 malam ini membawa pengunjung menyelam barangan fizikal seperti vinyl, CD, dan kaset. Ia juga menghimpunkan para collectors barangan fizikal di sekitar Lembah Klang.
Menurut pemilik Sputnik Rekodz, Nataza Mohamed atau lebih dikenali sebagai Naza, ini merupakan RSD edisi kelima anjuran beliau. Ini ialah usaha bebas sepenuhnya yang disokong ramai kolaborator yang ingin melihat hari raya kedai rekod kembali ke kalendar muzik.
Ternyata orang muda terutamanya peminat muzik menantikan RSD. Ramai orang muda hadir dan berkumpul untuk menyelam barangan fizikal. The effort involved in digging through semua catalog mencari emas mereka sendiri.
Antara barangan eksklusif bagi edisi RSD tahun ini ialah rilisan fizikal khas album terbaru MonoloQue, Tunjuk Langit, serta rilisan dari arkib Kassim Selamat & The Swallows, band garage rock dari Singapura yang terkenal pada zaman 60-an. Rilisan-rilisan ekslusif macam ni memang jadi tarikan utama untuk collectors yang datang awal.
Ternyata walaupun pada era moden dengan pelbagai platform streaming online, fizikal masih diminati orang muda. Lebih feel. Mempunyai kisah dan nilai sentimental yang tersendiri. Duit bukan halangan untuk membeli serapa banyak barangan fizikal yang boleh didapatkan.
Terdapat juga persembahan daripada MonoloQue, OAG, The Times, dan DJ set. Semasa persembahan OAG, penyanyi Radhi berkata beliau terkejut dengan kehadiran ramai orang muda ke event tahun ini dan masih minat barang dari era dinosourni.
Dia juga mengeluarkan ayat yang memorable: “Walaupun sekarang ada streaming, fizikal is forever bro!” dengan slumbernya. Dan crowd responded dengan cheer yang kuat.
Ternyata orang muda menghargai barangan dari era lama. Ramai juga berkata bahawa RSD patut menjadi acara tahunan wajib bagi para collector dan juga kepada yang pertama kali ingin mencuba membeli barangan fizikal. Anda mungkin akan terjumpa harta karun yang anda inginkan. Muzik independent juga memang terikat dengan fizikal. Telah rooted di dalam music culture.
Walaupun duit rabak, tapi puas hati. Event ni bukan sekadar shopping, ia celebration of music culture yang masih hidup dan kuat. Ini mungkin menjadi permulaan untuk bertapak. Mungkin edisi tahun hadapan, ia akan menjadi lebih besar, dan menjadi acara tahunan yang orang muda tunggu setiap tahun.
MyKampus Radio mengucapkan terima kasih kepada Sputnik Rekodz, para penjual, band, DJ set, dan seluruh pengunjung kerana berjaya meraikan Record Store Day 2026.
Moga berjumpa pada edisi tahun hadapan.


COMMENTS