Banyak petua dan mitos yang telah kita dengarkan dan praktikkan demi menyembuhkan kita daripada virus denggi. Namun begitu, para doktor dan Profesor di seluruh dunia masih belum menjumpai penawar bagi virus denggi tersebut.
- Sup Ketam
Sup Ketam adalah antara yang selalu kita dengar dapat membantu memulihkan pesakit yang menghidapi demam denggi. Namun, fakta ini telah disangkal oleh Prof Adeeba Kamarulzaman.
- Air Kelapa Muda
Air Kelapa kaya dengan khasiat dan mineral. Para doktor menyokong pesakit denggi untuk meminum air kelapa muda kerana ia boleh membantu menggantikan mineral yang telah hiang dalam badan.
Petua yang terakhir adalah meminum jus daun betik. Sebenarnya, jus daun betik tidak boleh diminum selepas tiga hari berturut-turut walaupun ia dapat membantu untuk memulihkan platelet dalam darah.
Walaubagaimanapun, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sebab itu, jika kita mempunyai simptom-simptom denggi, terus berjumpa dengan doktor segera.