Filem Joker Cetus Kontroversi

Filem terbitan Villages Roadshow Pictures dan DC Films iaitu filem Joker telah berjaya mencapai kutipan pecah panggung  sebanyak RM979 juta di seluruh dunia. Namun disebalik kejayaan ini, terdapat beberapa kontroversi yang berlaku selepas penayangan filem ini. Filem ini mula ditayangkan di Malaysia bermula 4 oktober 2019.

Di Malaysia, filem ini diklasifikasikan sebagai filem ganas iaitu ‘18’ kerana mengandungi banyak aksi kekerasan dan pembunuhan. Joaqin Phoenix membawakan watak sebagai Arthur Flex, seorang badut yang menjadi musuh utama  kepada Batman.

Terdapat segelintir masyarakat yang berasakan bahawa filem ini tidak sesuai untuk tayangan R-rated.

Namun begitu, terdapat juga segelintir masyarakat yang tidak bersetuju kerana mereka menganggap Joker memberikan kesedaran terhadap isu kesihatan mental dalam masyarakat.

Filem ini mengisahkan mengenai seorang pelawak yang gagal dan lama kelamaan berubah menjadi seorang penjenayah yang dahsyat dan mula meraih kemasyhuran  kerana kekejamannya. Filem ini berlatarbelakangkan garis masa tahun 1980-an.

COMMENTS