13 Disember 2025, Dewan KLSCA, Kuala Lumpur
Dengan slogan “Meraikan perkawanan, Merayakan perlawanan”, Pesta Perlawanan anjuran MANDIRI dan SUARAM bersama Parti Sosialis Malaysia (PSM) bukan sekadar gig biasa. Misi mereka jelas, untuk dekatkan anak muda dengan dunia aktivisme melalui sesuatu yang mereka sudah cintai : muzik.
Ia juga diadakan sempena ulang tahun pertama penubuhan MANDIRI (Malaysians for Democracy and Integrity) iaitu sebuah NGO yang fokus kepada demokrasi, integriti, dan akauntabiliti dalam sistem negara terutamanya hal berkaitan politik, tadbir urus, dan kuasa institusi.
Band malam itu terdiri daripada Johnny Comes Lately, Straw Lim, TT.13, Toko Kilat, Armpunk Syndicate, Naratu, The Bangsart dan One Buck Short. Nama-nama yang tidak asing dalam landskap muzik alternatif tempatan, dan sering dikaitkan dengan suara yang melawan, rebel dan lantang bersuara.
Dengan harga tiket hanya RM25, Dewan KLSCAH malam itu dipenuhi tenaga kolektif yang sukar digambarkan dengan angka. Venue mungkin kecil, tetapi vibe-nya besar padat dengan suara, peluh, tawa dan rasa kebersamaan. Muzik menjadi saluran untuk mengkritik, meluahkan ketidakpuasan hati dan menyuarakan keresahan. From Bob Dylan to local acts seperti Carburetor Dung, protest songs wujud kerana kadangkala kata-kata sahaja tidak cukup. Orang muda perlukan energi visceral yang buat mesej itu melekat.
Selain itu, suasana digerakkan lagi dengan stand-up comedy oleh Riezman, Izzal Din dan Max, serta bacaan puisi oleh Tulangkata. Walaupun hujan turun di luar, ia langsung tidak meredam kemeriahan di dalam. Melihat reaksi crowd malam itu nyanyian bersama, fist in the air, dan sorakan yang tidak putus, satu perkara jelas dapat dilihat, mission accomplished!
Di setiap set, band membawa bersama semangat MANDIRI mengingatkan crowd tentang kepentingan berativsime. Ia juga memecahkan persepsi bahawa aktivisme hanya tentang turun protes atau berpolitik sahaja. Malam itu membuktikan, aktivisme juga hidup dalam muzik, kebersamaan dan kesedaran kolektif. Ia tidak disampaikan sebagai ceramah, tetapi sebagai peringatan kolektif: bahawa muzik dan kesedaran sosial boleh berjalan seiring.
Penonton bukan sekadar datang untuk layan muzik. Mereka juga disambut dengan pameran aktivisme oleh MANDIRI sendiri. Antara yang paling mencuri perhatian ialah koleksi karikatur satira Perdana Menteri Malaysia serta karya ikonik “Badut Najib” oleh Fahmi Reza. Satu imej ikonik, sinonim dengan simbol protes di Malaysia. Seeing it in person, printed besar, unapologetic, dalam space yang safe untuk display, it hits different.

Yang paling terasa ialah kehadiran orang-orang MANDIRI sendiri ramah, terbuka dan sentiasa sedia menjawab persoalan crowd tentang aktivisme, tanpa menghakimi dan tanpa menggurui. Di situlah aktivisme terasa lebih dekat dan mudah difahami.
Pesta Perlawanan membuktikan bahawa aktivisme tidak semestinya serius dan kaku. Untuk anak muda hari ini, ini adalah konsep yang segar gig sebagai ruang hiburan, pendidikan dan kesedaran sosial, tanpa paksaan. We do care. We just need the right spaces to show it.
Terima kasih kepada MANDIRI selaku penganjur. MyKampus Radio akan terus menyokong usaha anak muda yang berani mencipta ruang, suara dan perlawanan mereka sendiri.

