Program Detektif Kampus di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau berlangsung dengan penuh keseronokan dan interaktif. Pelajar berpeluang menyertai panel interaktif scam awareness yang menyeronokkan dan informatif. Program ini dijayakan dengan kerjasama para MPP dan ditaja oleh MOTAC, selaras dengan inisiatif Visit Malaysia 2026. Selain itu, pameran BERSAMA 2050 dipamerkan di setiap kampus untuk memberi inspirasi kreatif dan memperkenalkan peluang kepada pelajar untuk menyertai BERSAMA 2050 pada tahun hadapan. Peserta belajar mengenal pasti penipuan digital melalui sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman. Suasana penuh gelak tawa dan perbincangan hangat jelas kelihatan. Program ini meninggalkan impak positif, menyeronokkan, dan mengeratkan komuniti kampus secara bermakna.

Gambar 1 : Panel-panel kami setelah dipasang di kawasan Medan Selera, UiTM Rembau.

Gambar 2 : Para-para MPP yang sedang menjawab dan berbincang tentang soalan-soalan yang berada di setiap panel.

Gambar 3 : Pelajar-pelajar sedang focus mendengar untuk mengenalpasti sama ada suara yang mana satu dihasilkan oleh AI di panel suara.

Gambar 4 : Pelajar-pelajar ini sedang mengenalpasti mana satu video yang dihasilkan oleh AI di panel deepfake.

Gambar 5 : Pelajar-pelajar yang sudah selesai menjawab kesemua soalan dan menyerahkan kertas jawapan mereka di meja cikgu.

Gambar 6 : Para pelajar sungguh fokus ketika mencari jawapan yang betul di setiap panel.

Gambar 7 : Seorang pelajar yang berjaya mendapatkan markah yang tinggi.
