“Panggil nama ku 3 kali maka aku akan menghampiri mu…….”

“Panggil nama ku 3 kali maka aku akan menghampiri mu…….”

Entiti , Hantu, Paranormal dan Makhluk halus .Kesemua ni sering dikaitkan dengan benda-benda mistik. Ramai yang takut dan ada yang tak percaya, tapi ada pulak yang seboleh boleh nak jumpa dengan benda ghaib ni pulak. Haa, Korang tahu tak ada permainan yang boleh seru hantu atau makhluk halus ni? Haaa nak tahu jenis permainan yang boleh korang main untuk seru makluk halus? Jom baca!

1. Bloody Mary

Negara: Us

“Panggil nama ku 3 kali maka aku akan menghampiri mu…………..”

Game ni senang je nak main bila waktu malam korang kena pergi mana-mana tandas lepas tu tutup lampu tandas tapi pastikan ada cermin dalam tandas tu,pastikan korang bawak lilin dengan korang dan korang kena betul2 percaya yang hantu ni wujud, kemudiannya korang sebut “bloody mary,bloody mary,bloody mary” sebanyak 3 kali.

Dan dipercayai bloody mary akan muncul sebagai bayangan pemain tersebut dan mengambil mata orang yang memanggilnya. Tapi ada yang kata bloody mary akan terus menghantui sesiapa yang start memanggil dia.

Kononnya, asal usul permainan ini bermula bilamana Mary Whirningthon yang dikatakan telah mati dihadapan cermin. Rohnya telah terperangkap dan tidak akan keluar daripada cermin sehingga ada seseorang yang akan membawanya keluar daripada cermin. Hantu Mary ini adalah seorang yang sangat pemarah dan mampu melakukan apa-apa sahaja diluar batasan manusia.

2. Lift ke Alam lain

Negara: Korea

Kalau korang nak try pergi ke alam lain, cuba main game ni, katanya bila korang main game ni boleh bawa korang ke dunia lain. Cara bermain, diwajibkan bermain game ni seorang sahaja dan kalau boleh dalam bangunan tu hanya korang je yang ada dalam tu! Lift tersebut perlu lah minimum 10 tingkat.

Pastikan tak ada orang lain dalam lift yang korang main ni, jangan teruskan main game ni kalau ada orang lain join sekali naik lift tu . Masuk ke lift tu tekan lah tingkat 4,lepas sampai tingkat 4 jangan keluar dan terus tekan tingkat ,2,6,2,10,5. Pada setiap tingkat jangan keluar okay? Sampai ke tingkat 5 akan ada seorang perempuan masuk lift, Amaran jangan sesekali bercakap dengan dia atau tengok jelmaan itu.

Bila jelmaan itu masuk, tekan lah tingkat 1, tapi jangan terperanjat sebab lift tu akan bawak korang terus ke tingkat 10 ! Dan bila lift terbuka kat tingkat 10 ,keluar lah tanpa toleh ke belakang. Haa part paling buatkan bulu roma korang berdiri ialah bila perempuan tu tanya” Ke mana kamu nak pergi”itulah dimensi lain yang dimaksudkan. Tapi di ingatkan sekali lagi jangan bercakap dengan jelmaan itu ,kalau korang nak balik semula tekan lah tingkat no yang sama

3.Sprit Of The Coin

Siapa yang tak pernah dengar game yang lagend ni, sebab semua generasi tahu tentang game ni lagi-lagi budak asrama!

Spirit of the coin ni dipercayai game yang berhubung dengan roh orang mati.Cara bermain, sediakan duit syiling lama yang lama sampai dah tak boleh guna lagi zaman ni haa. Tak kisah lah syiling 20 sen atau 50 sen, Keduanya sediakan kertas yang besar then tulis lah abjad A-Z,0-9 dan perkataan “YES” “NO” “HOME”,”GOODBYE”

“Spirit, spirit of the coin, spirit spirit of the coin, please come out and play with us” mantera  dibaca sambil jari telunjuk diletakkan di atas duit syiling lama . Ulang mantera itu sampai korang rasakan sesuatu dan jari korang tu akan bergerak sendiri.Tanya lah soalan apa-apa dan roh tu akan menjawab dengan menggerakkan jari korang tu ke arah huruf satu persatu sebagai jawapan .

Risiko : Kemungkinan roh tu tak nak balik dan berhenti main dan lagi dasyat lagi roh tu nak berkawan dan berdamping dengan korang guys! Haaa Good Luck lah kalau roh tu degil kan!

4.Jelakung

Negara: Indonesia

Dipopularkan kebanyakan di asia tenggara. Jelangkung ni adalah boneka  berbentuk semacam manusia dan telah dimainkan sejak dulu lagi untuk  berkomunikasi dengan makhluk halus atau hantu.

Pertama, korang kena siapkan kayu yang membentuk / dibentuk menyerupai salib lalu balutkan pakaian atau kain kafan dan pasang tempurung  kelapa diatasnya. Jangan lupa pasang tongkat kayu dibahagian bawah dengan tali .

Pemain dikehendaki dalam bilangan yang ganjil. Hanya  seorang je yang akan baca mantra tu .Cari tempat yang dianggap keras dan bakar lah kemenyan sebelum membaca mantra. Bila korang dah ready,baca lah matra ini dengan sepenuh hati “Jelangkung, jelangkung, di sini ada pesta kecil-kecilan, datang tak dijemput, pulang tak dihantar” tunggu beberapa saat sambil korang memegang jelangkung ke arah kertas. Bila dah berat, kalau dah berat korang boleh lah tanyakan soalan apa-apa  .

Selalunya yang bermain permainan ini adalah untuk mintak nombor ekor kononnya jelangkung boleh bagi nombor ramalan yang tepat.

5. Devil Face

Next adalah Devil Face, Permainan ni berasal daripada Sepanyol dan sangat famous dikalangan remaja di negara tu. Haa apa yang korang perlu nak main Devil Face ni? senang je hanya perlukan  12 lilin hitam dan waktu nk main tu mesti wajib tengah malam. Tapi syarat nak main game ni kena lah sorang je kalau lebih, salah seorang tu mungkin akan dirasuk! Caranya masuk ke dalam toilet pada tengah malam ,beberapa minit sebelum tengah malam.

Nyalakan lilin hitan di depan cermin, Tutup mata korang. Tepat 12 malam, atau ketika jam loceng berbunyi menandakan 12 malam, buka mata korang. Masa tu lah dipercayai korang dapat tengok  wajah iblis di depan mata korang!

6.Baby Blue

Kebanyakkan game seru hantu ni selalunya di lakukan dalam tandas, Haa sama lah dengan baby blue ni. Sangat sangat lah mudah korang perlu masuk ke dalam tandas pada waktu 2 atau 3 pagi yang memang sunyi sepi gila! Padamkan lampu dan kunci pintu ,setelah tu pejamkan mata korang sambil buat posisi dukung bayi ,mata korang kena pandang tepat ke arah cermin dan sebut  “Baby Blue” sebanyak 13 kali.

Jika korang bernasib malang, tangan korang akan berasa berat dan semakin berat seperti ada bayi kat tangan korang. Tapi sebelum  korang rasa tangan jadi semakin berat dan rasa seperti dicakar ,cepat-cepat buangkan bayi tu ke dalam mangkuk tandas dan flush! Jika tidak, korang akan terima nasib yang sangat malang iaitu akan menjelma perempuan yang menakutkan lalu dia akan berkata “Kembalikan anakku”.

Ada sesetengah orang percaya jelmaan perempuan itu adalah Bloody Mary yang membunuh anaknya dengan serpihan cermin yang pecah! Fuhh ngeri !

7. Charlie

Mungkin bagi sesetengah orang lebih kenal permainan ni dengan permainan pensil. Berasal daripada Maxico, Permainan ni dianggap boleh memanggil seorang arwah anak lelaki yang mati bunuh diri. Untuk memainkan permainan ini korang harus menyiapkan kertas yang bergambar salib dengan tulisan “yes” or “no” di setiap sisi. Letakkan pensil di tengah-tengah  dan ucapkan “Charlie. Charlie, Charlie, bolehkah kita bermain?” Bila pensil mulai bergerak, itu tandanya korang dah berjaya memanggil  arwah Charlie.

Selepas tu, korang boleh tanya apa saja pada Charlie. Tapi untuk menyelesaikan permainan ni, sebutlah “Charlie, Charlie , Boleh kita berhenti?” Bila pensil bergerak ke arah “yes”, maka cepat-cepat lah katakan “goodbye” dan jatuhkan pensil tersebut. Hurm jika tidak, ulang balik pertanyaan tersebut sampai dapat jawapan “yes”.

Itu dia beberapa permainan yang boleh menyeru benda ghaib di seluruh dunia. Kesahihannya belum pasti betul atau pun tidak. Pastikan korang jangan terlampau taksub ketika bermain game ni  kalau tak nak ada kawan baru berdamping ……………………….