10 Themepark Terbiar Paling Seram di Dunia

Seronok kan dapat p themepark, boleh have fun sepuas-puasnya! TAPI…macamana kalau themepark tu dah jadi hiasan dan peninggalan saja, dah tak bukak untuk orang ramai bermain dan enjoy the view?

Hmm, jom kita terokai themepark terbiar yang paling seram di dunia. Yang rasa nak p tandas, p sekarang k! Huhuhu

#1. Taman Tema Mimaland, Malaysia

Themepark Mimaland yang merupakan singkatan daripada perkataan Malaysia In Miniature Land ini mempunyai beberapa tarikan utama antaranya ialah papan gelongsor air gergasi, replika haiwan yang besar dan kolam renang terbesar Asia Tenggara ketika itu. Kejadian yang meragut nyawa seorang warganegara Singapura pada masa itu menyebabkan ianya ditutup dan menjadi satu tempat mistik dan digeruni terutamanya kepada masyarakat di sekitar daerah Gombak. So hows Malaysian, takut ke?

#2. Chippewa Lake Park, USA

 

Themepark Chippewa Lake Park ini terletak di Ohio, daerah Medina dan dibuka pada tahun 1878 lagi. Themepark ini telah bertahan selama 100 tahun sebelum ianya ditutup pada tahun 1978. Salah satu sebabnya adalah kerana penjualan alkohol tanpa lesen di premis itu. Themepark itu ditutup secara senyap tanpa ada sebarang hebahan media. Antara sebab lain adalah kekurangan pengunjung yang hadir akibat persaingan yang tinggi seperti themepark Cedar Point dan taman hiburan Geauga Lake yang terletak berhampiran.

#3. Lake Dolores Waterpark, USA

Themepark ini terletak di Selatan California dan dibina oleh seorang ahli perniagaan tempatan bernama Bob Byers. Nama themepark ini diberi sempena nama isteri Bob iaitu Dolores. Themepark yang dibuka pada tahun 1962 ini merupakan taman tema air pertama di Amerika Syarikat. Namun, malangnya bagi themepark air ini apabila popularitinya semakin malap dan jumlah pengunjung yang datang juga semakin berkurangan. Keadaan bertambah teruk apabila seorang pekerja di situ lumpuh akibat jatuh daripada salah satu gelongsor air di themepark itu.

#4. Takakanonuma Greenland, Japan

Takakanonuma Greenland ini adalah themepark yang menyeramkan dan merupakan salah satu tempat berhantu di Jepun. Themepark ini terletak kira-kira 250km dari utara Tokyo. Persaingan yang sengit dengan themepark lain di Japan menyebabkan themepark ni kejap bukak, kejap tutup walaupun selalu ada penambahbaikkan. Hmmm dah nasib kawasan tu bukan untuk themepark ni, tapi kenapa boleh jadi seram? Eeee…takut sis.

#5. Spreepark, Jerman

Salah satu taman temanya di Hamburg mengalami kemalangan paling teruk dalam sejarah themepark Jerman menyebabkan 7 nyawa terkorban dan 15 lagi cedera. Spreepark adalah taman hiburan paling banyak dikunjungi di Jerman dengan 1.5 juta pengunjung setiap tahun. Themepark yang dibuka pada tahun 1969 ini mempunyai keluasan sebanyak 29.5 hektar.  Namun, semakin hari semakin berkurangan pengunjung menyebabkannya ditutup oleh pemilik keduanya iaitu Norbert Witte.

 

PAGES

1 2