Pemikiran V for Vendetta : Idea adalah Kalis Peluru

“Remember, remember the fifth of November of gunpowder treason and plot. I know of no reason why the gun powder treason should ever be forgot.”. Sebuah tragedi, kisah nyata mengenai  Guy Fawkes yang lahir pada  13 April 1570 dan meninggal pada 31 Januari 1606 pada umur 35 tahun. Seorang ekstremis Katolik Roman yang dikenali kerana usahanya untuk membom parlimen Inggris pada 5 November 1605 namun usahanya itu gagal, lalu dia dihukum gantung sehingga mati. Tragedi tersebut boleh kita dapati di awal scene pengenalan Filem V for Vendetta. Di awal filem itu juga mereka menekankan bahawa seorang manusia sudah pasti akan mati tapi tidak dengan pemikirannya (VISI).

Filem ini telah dikeluarkan pada 2006 dan telah dianggap sebagai filem yg disturbing kerana pada masa itu peperangan di iran sedang rancak berlaku. Orang juga terkesan kerana ianya dikeluarkan 5 tahun selepas peristiwa 9/11 di New York City yang dilakukan oleh terrorist sama seperti apa yang terjadi dalam V for vendetta ini. File mini seakan mengritik kerajaan yang telah menyebabkan kemarahan golongan terrosit kerana kerja kotor yang mereka lakukan Seperti layar belakang cerita ini, pertempuran darah, penyakit menular dan kematian meningkat. Kerajaan menjadi berkuasa menyebabkan rakyat dikongkong, padahal sepatutnya kerajaan dibentuk adalah untuk rakyat. “People shouldn’t be afraid of their government. Governments should be afraid of their people.” Rakyat adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengawal kerajaan mereka untuk menjaga kebajikan mereka, tetapi sebaliknya berlaku dalam latar politik di filem.

Dengan kepesatan teknologi pada masa sekarang, kita boleh mendapatkan maklumat di hujung jari. Tapi adakah maklumat itu benar? Ataupun ianya cuma fake news yang cuma dikeluarkan untuk kepentingan seseorang ataupun sesuatu. Kalau kita lihat dalam filem V for vendetta ni, ada beberapa berita yang disampaikan oleh kerajaan adalah tidak benar. Contoh pertama ialah selepas video ucapan V dimainkan di television, pihak kerajaan mengumumkan bahawa V telah mati semasa serangan pihak berkuasa tetapi ianya tidak benar. Pihak kerajaan tidak mahu memberikan kenyataan sebenar kepada rakyat kerana mereka takut rakyat akan menjadi panic dan mungkin akan membuat suatu di luar jangkaan. Tetapi berita apa-apa pun samaada betul atau palsu, semuanya bergantung kepada orang yang menerimanya, bagaimana cara orang tu befikir dan apa yang mempengaruhinya. Boleh jadi fake news yang disampaikan di berita lebih dipercayai orang ramai kerana ianya disampaikan secara formal dan professional. So fake news boleh menjadi sesuatu yang benar ataupun berita betul pula menjadi sesuatu yang palsu. Terpulang kepada individu yang menerimanya.

Perubahan yang terjadi boleh jadi sesuatu yang baik ataupun buruk. Kita boleh lihat secara ketara berubahan atau character growth dalam Evey dan Inspector dalam film ini. Kita boleh melihat watak Evey yang mewakili rakyat biasa, yang ditindas oleh kerajaan, hidup dalam kesederhanaan akhirnya telah berubah. Evey hampir diperkosa oleh pegawai kerajaan yang kononnya menjaga keamanan rakyat tetapi evey berjaya diselamatkan oleh V yang membuatkan Evey ni terjebak dalam dunia V yang penuh revolusi. Sehinggakan Evey telah diseksa secara diam oleh V, tetapi penyeksaan tersebut menjadikannya lebih kuat dan berani menerima kenyataan, akhirnya dia bersetuju dengan agenda V. Manakala, kita juga boleh melihat proses perubahan Inspector yang sedang menyiasat kes V, dimana dia telah merungkai setiap kejadian yang membawanya kepada salah satu kerja rahsia kerajaan, kerja kotor yang yang menyebabkan perjuangan V semakin masuk akal. Inspector semakin hialng kepercayaan terhadap kerajaannya sendiri.