YOLO! Orang Malaysia masih ada yang degil keluar rumah and langgar peraturan mco di negara kita dengan macam-macam alasan sampai sanggup bayar saman 1k dan lepak dalam lokap dua tiga malam.
Tetapi ternyata orang kita belum cukup gila kalau compare dengan apa yang berlaku di US sekarang ini, beribu rakyat mereka sedang sibuk protest melawan lockdown yang bagi mereka melanggar hak asasi sebagai seorang manusia.
Protest anti-lockdown yang melibatkan beribu orang tersebut telah diadakan dibeberapa kawasan di Us iaitu Michigan, Kentucky, Washington, Minnesota, Virginia dan Colorado.
“Give me liberty or give me death” adalah antara slogan yang digunakan untuk mereka fight mendapatkan freedom mereka. Protest ini tercetus kerana ramai yang tidak dapat bekerja dan hampir sejuta orang di sana telah kehilangan kerja.
Kumpulan anti-lockdown rata-rata terdiri daripada orang berkulit putih kerana dikatakan orang berkulit hitam selalunya mempunyai masalah kesihatan. So tulah kurang orang kulit hitam semasa protest diadakan.
Selain membawa sepanduk protest, mereka juga tidak takut membawa senjata seperti riffle dan handguns untuk protection mereka. Agaknya riffle tu boleh kalahkan covid-19 kah?