Nomophobia: Perkara Biasa Atau Pelik?

Zaman sekarang ni boleh dikatakan semua penduduk dunia menggunakan handphone. Tak kisah la pakai iPhone ke, Samsung ke, Nokia atau sebagainya. Tapi, ada satu phobia yang dinamakan Nomophobia. Adakah ia satu perkara biasa atau perkara yang pelik?

Nomophobia merupakan satu singkatan daripada ‘no mobile phone phobia’. Biasanya orang yang mengalami Nomophobia ni dia akan rasa takut bila tak dapat pegang handphone. Maklumlah dengan sekarang ada macam-macam gajet, memang susah lah nak berjauhan dengan handphone.

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Sleep telah menemukan bahawa 90 peratus daripada 327 mahasiswa dikategorikan masalah Nomophobia. Ha kenapa pulak tu? mungkin sebab sekarang ni nak buat apa apa kerja lagi mudah kalau gunakan handphone.

Kajian yang dilakukan oleh Profesor Psikologi di Kolej Hendrix Arkansas, USA iaitu Dr. Jennifer Peszka yang membuktikan bahawa golongan yang mengalami Nomophobia ni  tak nak ketinggalan sesuatu kalau tak bermain handphone sebelum tidur. Maksudnya dekat sini, mostly mereka akan bermain social media, check email, whatsapp sebelum tidur. Nomophobia ni dengar je macam takde kesan, tapi sebenarnya ia mampu merosakkan kualiti hidup dan kesihatan seseorang.

Kalau korang rasa Nomophobia ni ada dalam diri korang, lebih baik korang dapatkan bantuan pakar!