Admin percaya mesti ramai antara korang tahu dan aware pasal mugshot challenge ni. Ala challenge yang korang tengok kat aplikasi tiktok tu. Admin mula-mula rasa macam seram siot dengan challenge ni. Mana taknya, daripada muka cantik tetiba berubah makeup macam kena pukul.
Setelah viral trend #savagechallenge and #fliptheswitchchallenge among TikTok user last few weeks, sekarang ni viral pulak #mugshotchallenge ni. Challenge ni dikatakan bermula dengan salah seorang instafamous luar negara iaitu James Charles. Ouh, dia ni la yang start #mugshotchallenge ni rupanya.
#mugshotchallenge ni korang kena makeup bagi nampak mata tu macam lebam, hidung dan bibir berdarah, rambut kusut masai and maskara comot. Selidik punya selidik baru admin tahu yang challenge ni perlu menampakkan korang ditangkap oleh polis atas kesalahan jenayah yang melibatkan keganasan. Tapi kenapa nak kena makeup macam tu eh? Maybe admin tak tahu seni makeup ni tapi kebanyakan orang makeup mesti nak nampak cantik kan? Gituw.
Trend ini dikecam hebat oleh netizen sebab seolah-oleh trend ni mempromosikan keganasan. Ye lah, takut jugak budak-budak tengok video ni ke, tak pasal-pasal jadi ikutan kan. Admin tahu korang bosan duduk rumah dalam tempoh lockdown ni tapi jangan la buat challenge bukan-bukan okay?