Selamat Datang PKP Fasa 3 :)

PKP dilanjutkan sampai 28 April. Bila akan berakhir?

Jumaat lepas pada 10hb April, PM kita telah pun buat pengumuman bahawa Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia dilanjutkan lagi dua minggu which means that sampai 28 April. Admin tahu, ramai jugak yang sokong PKP ni dilanjutkan tetapi ramai jugak yang berasa kecewa dan takut sekiranya PKP ni lanjut lagi. Admin faham, ramai agaknya dah mempunyai gangguan mental macam student dekat asrama kan? Eh? Ya la kat seluruh kampus Malaysia banyak kot student terkandas. 80,000 kau jah. Ingat sikit ke?

Dalam tempoh seminggu lagi, semua umat Islam akan mula menyambut Ramadhan Al-Kareem. Tahun ni sah-sah tiada bazaar Ramadhan. Admin tahu mesti ramai rasa sedih kan? Mana taknya, dah terbayang ayam percik, kuih tepung pelita, kuih samosa and banyak lagi juadah berbuka yang lain.

Raya ke tahun ni? Admin meramalkan cewahh hahaha main ramal-ramal pulak. Admin maybe merasakan kita cuma merayakan Aidilfitri tahun ni secara sederhana sebab DG Hisham Abdullah ada cakap yang kita ni tak digalakkan untuk berkumpul ramai-ramai even if PKP dah habis nanti. Ye lah, virus Covid-19 ni kan satu virus yang sangat cepat merebak. Takut dah reda nanti timbul pulak kluster baru who know kluster raya Kedah, Kluster Raya Bangi dan sebagainya. Mesti la kita taknak kan?

Ada kemungkinan ke PKP lanjut lagi?

Kredit – Bernama

China mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk bebas Covid (itu pun tak tahu la bebas betul ke tak). Pernah tak korang terfikir kenapa kerajaan bagi kat kita rakyat marhaen ni, 6 bulan untuk segala moratorium peminjaman? Sebab kerajaan nak kita bersedia sebab kita mungkin akan ambil lebih kurang 6 bulan untuk pulih sepenuhnya. Jadi, adakah 2 minggu lagi kita akan bebas? We dont know about that right?

Apa pun selamat menjalani PKP kepada semua admin ucapkan. Be strong everyone. Kita boleh and pasti menang!