Tahun lalu, Meghan dan Harry menyambut Hari Thanksgiving pertama bersama anak mereka, Archie selepas berehat enam minggu menjelang akhir tahun di Kanada. Mereka juga berkongsi catatan pendek tetapi manis di akaun Instagram dengan ucapan “Wishing you a very happy thanksgiving from our family to yours.”
Pada tahun ini pula, mereka lagi sekali merayakan Hari Thanksgiving di rumah Montecito, California bersama anak mereka, Archie.
Mereka menyambut serta merayakan Thanksgiving dengan masakan buatan sendiri serta hidangan tradisional.
Menurut People, ibu Meghan, Doria Ragland juga turut menyertai Sussexes bagi menyambut Thanksgiving bersama ketika beliau tinggal berdekatan di Los Angeles.