#5 Teh Ais Dhaka
Rasa teh ais ni lebih padu daripada teh ais biasa tau. Pekat dan pasti melegakan rasa dahaga korang tu. Bertempat di Kampung Delek, Klang.
#6 Donut Montel
Penggemar donut? Dapatkan aneka perisa donut lembut dipanggil Donut Montel ni dari gerai Nana yang terletak di Jalan Semarak, KL. Lebih 10 perisa donut enak ditawarkan untuk kamu yang sukakan kuih manis. Ada macam-macam perisa iaitu original, durian, bueberry, red velvet, strawberi, kopi, coklat, keladi, dan jugak pandan. Sedapnya wei!
Alamat: Waze guna nama MINDEF (Ministry Of Defence Malaysia).
Waktu Operasi: Dari jam 1pm hingga petang
#7 Kek Bajet 10
Tercari-cari kek yang berharga mampu milik, comel lagi sedap? Cubalah Mini Kek Bajet dari Che Sue’s Bakery. Setiap biji hanya RM10! Walaupun harganya murah, setiap biji kek (saiz 5?) masih dihasilkan daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi dengan tangan.
Alamat: Che Sue’s Bakery @ Paradiso Cafe and Patisserie , Jln PJU 10/5B, Damansara Damai Sutera Square, 47810, Petaling Jaya
Waktu Operasi: 12pm hingga 11pm (Sabtu & Isnin), 3.30pm – 11.30pm (Selasa – Jumaat) , Ahad cuti
#8 Putu Piring Chocolate Chip and Durian
Penggemar putu piring tak korang? Try rasa putu piring cip coklat dan perisa durian yang ada ditawarkan Putu Piring Generasi Ke-3 ni okay? Dah viral wei!
Alamat: Berhadapan Kompleks Niaga, Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, Melaka
Waktu Operasi: Tutup Isnin, Selasa hingga Jumaat dari 2.30pm hingga 6.30pm, Sabtu hingga Ahad dari jam 11.30am – 6.30pm
Masih sempat di minggu pertama 2019 ni untuk korang terjah makanan-makanan enak ni, so kalau ada yang teringin nak cuba makanan-makanan viral ni bolehlah pergi ye… Selamat menjamu selera!