Makanan Viral 2018

Makanan dan rakyat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan. Banyak makanan dan minuman yang menjadi santapan kepada rakyat Malaysia bila keluar lepak dengan family dan kawan-kawan. Untuk itu, jom kita imbau kembali beberapa makanan dan minuman yang pernah viral sepanjang tahun 2018. Ayuh guyss!

#1 Nasi Ayam Kicap Cili Gesek
Ayam goreng mereka disaluti dengan pes bawang homemade yang dimasak dengan kicap super premium dan bawang karamel selama 3 jam. Perghhh sedap ni!
Specialnya adalah setiap hidangan nasi ayam kicap juga ada sambal yang pedas gilerrr kerana ia disedia dengan kombinasi cili padi dari Thailand, Vietnam dan tempatan (cili kampung).

Alamat: Kota Dame Foodcourt | Jalan Teknologi 3/2, Seksyen 3, Kota Damansara
Waktu Operasi: 6pm hingga 1am

 

#2 Medan Ikan Bakar Haji Musa
Medan Ikan Bakar Hj Musa terletak di tepi laut, masa paling sesuai untuk datang adalah agak-agak pukul 7pm. Korag boleh makan makanan laut sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di sini. Waduhh gitew!

Alamat: Kompleks Nelayan Sungai Duyong, Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari dari jam 5pm hingga 11.30pm

#3 Rojak Sotong Jambo
Rojak bukan sekadar rojak tapi ni rojak sotong guyss! Nak kelainan untuk yang suka rojak tu, haa sinilah tempatnya. Ada juga Mee Goreng Sotong yang istimewa untuk dicuba si peminat sotong. Harga ditawarkan mengikut berat sotong yang dipilih pelanggan.

Alamat: Batu 19 3/4, Kg Durian Daun, Masjid Tanah, 78300, Melaka
Waktu Operasi: 5pm hingga 10pm (Tutup hari Isnin)

#4 Roti John Titiwangsa
‘Roti John Titiwangsa’, gerai Roti John ini berada di Kampung Datuk Keramat.
Roti John di sini agak berlainan kerana ia disaji bersama French Fries dan rasa tuna juga tersedia. Tambahan pula porsi hidangan yang besar pada harga berpatutan.
Nak makan secara bajet, joom p sini!

PAGES

1 2

COMMENTS