Sukan Floorball : Diam Tapi Berisi?

By : Colin
Mesti ramai yang tak kenal atau baru sangat dengan sukan Floorball ni, kan? Dan ramai jugak yang konfius Floorball dengan Hoki (sebab pakai equipment yang lebih kurang). Tak payah pening-pening lagi, MKR akan explain dekat korang.

Sukan floorball ni mula diperkenalkan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur oleh Presiden Persatuan Floorball Malaysia (Floorball Malaysia Association) iaitu Rizal Mohd Razman pada sekitar tahun 2001.

Sukan Floorball ni nampak sama dengan hoki ais sebab mempunyai 20 pemain dalam satu perlawanan tapi hanya 6 pemain sahaja yang dibenarkan dalam gelanggang pada satu-satu masa.

Antara pencapaian yang telah dicapai oleh pasukan Floorball Malaysia ialah :

 1. 2002-2004
– Skuad negara telah menghantar pasukan lelaki ke Kejohanan Dunia Floorball

2. 2003-2005
– Pasukan perempuan pula dihantar ke Kejohanan Dunia Floorball

3. 2004, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010

– Menyertai Kejohanan Floorball Asia Pasifik

4.  Skuad negara pernah menyertai Kejohanan Piala Dunia Universiti (2014), Piala SEA (2014)
dan Sukan Sea (2015).

Walaupun sukan Floorball ni boleh dikatakan ramai yang tak still tak tahu tentang kewujudannya tapi pasukan Floorball Malaysia masih mampu untuk bersaing dengan negara-negara lain.

Kepada korang yang berminat untuk mencungkil bakat dalam sukan ini, korang boleh la search Floorball Malaysia Association and terus chat dengan admin page tu, orait?