Elakkan jadi jutawan anggur dengan cari kerja di sini

by: Amir Alif
Masalah pengangguran di kalangan mahasiswa kita merupakan satu isu yang sangat serious di Malaysia. Jadi hari ni MyKampus Radio nak kongsikan dekat mana korang boleh cari kerja dengan mudah dan berjaya.

​1. Akhbar Bahasa Inggeris

Satu benda yang selalu kita buat adalah, kita selalu cari kerja dekat akhbar bahasa melayu macam Metro, Berita Harian dan lain lain TAPI korang tahu tak sebenarnya banyak company besar akan buat IKLAN KERJA melalui The Star Newspaper?

Kenapa???

Sebab mereka ada target untuk mencari pekerja yang boleh berbahasa inggeris. Iklan kerja ni akan ada pada setiap sabtu di The Star. Jadi korang beli lah hari sabtu punya okay? Jangan risau lah tentang bahasa inggeris tu, selagi korang cuba, korang boleh!

2. Carian Online

Benda ni kita selalu je buat kan tapi kita semua akan guna yang paling common iaitu Job Street. Sebenarnya banyak je lagi site lain yang korang boleh guna untuk cari kerja contohnya;

a) Mau Kerja
b) Monster
c) Ricebowl
d) Jobstore 

​3. Social Media

Kita selalu gunakan social media sebagai platform nak cari bahan gossip atau kutukan TAPI tahu tak sebenarnya banyak sangat iklan kerja yang di post di social media?

Tak kisah lah Facebook ke Twitter ke Instagram, kesemua platform ni majikan akan gunakan untuk paparkan iklan kerja mereka. Jadi rajin rajinkan lah jari dan mata anda untuk scroll lebih lagi bukan sekadar gossip sahaja ya?