Make Over Kasut Sekolah Putih

By : Zatty
Kurang kasut kasual untuk pakai pergi kolej tapi nak beli takda bajet? MKR ada satu penyelesaian. Apa kata upgrade kasut sekolah korang yang dah lama dipandang sepi tu kepada kasut kasual yang rare dan sangat limited.
Ada beberapa cara yang boleh korang buat. Antaranya ialah :
Jahit
Sulam kasut putih tu dengan apa apa corak atau karakter yang korang suka. Bahan utama yang diperlukan ialah benang yang tebal dan jarum yang besar (sesuai untuk menjahit di kasut). Lihat gambar untuk langkah-langkahnya.
1. Lukis dulu corak/karakter yang korang nak sebelum sulam supaya nanti kerja menjahit korang akan lebih teratur dan clear je.
2. Dah boleh start menjahit. Tapi, MKR suggest korang jahit dari bahagian lukisan yang paling hujung. Senangkan perjalanan jahitan nanti.
3. Hasil perjalanan jahitan korang tadi akan jadi seperti ini. Kalau nak tambah warna lain, sangat lah boleh!
Colouring
Kalau lukis je, nampak macam conteng biasa lah pulak kan? Apa kata kalau kita colour kasut kita. Nampak ala-ala kasut vans. Confirm orang pandang kasut korang, mereka akan macam “Wow. Mesti mahal gila harga. Tak pernah nampak pun” Giteww uolss. Macam mana nak buat?
1. Balut dulu kasut korang seperti dalam gambar untuk mengelakkan kecomotan yang tak dapat dibayangkan berlaku.
2. Mula dengan mewarna satu colour sahaja. Kemudian blend (mix) dengan colour lain. Seperti dalam gambar.
3. Lepas dah siap warna, kalau nak tambah corak kecil-kecil, boleh gunakan berus yang nipis dan kecil macam dalam gambar.
4. Hasil selepas korang siap mewarna. Nice gila kan? Try lah geng!
Fabrik
Memang jarang dibuat dan memang susah nak nampak. Tampalkan fabrik pada kasut. Nampak classy sangat. Nak tahu cara buat?
1. Pilih fabrik yang korang nak. Dah kenalpasti mana nak letak, sapukan gam di bahagian yang korang nak tampal.
2. Kemaskan fabrik dengan memotong bahagian lebihan menggunakan pisau atau gunting.
3. Hasil yang comel dan confirm rare. Mesti korang akan jadi trend starter. Nak femes? Try buat.
Untuk lebih faham, cekidot video ini.

So geng, dah ready nak jadi trend starter? Jadi seorang yang ada kasut kasual limited edition dan selfie lah gambar kasut korang dekat MKR.

Twitter : @mykampusradio
Facebook : mykampus radio
Emel : [email protected]
​Instagram : mykampus_radio