Nostalgia Game-game dari Play Station 1

Nostalgia Game-game dari Play Station 1

Ramai antara kita yang mesti rindukan permainan video lama semasa zaman kecil dan masih ada diantara kita yang masih menyimpan permainan video mereka kerana ada “nostalgic moment” dan ada juga yang mengumpul koleksi-koleksi permainan video mereka sebagai hobi. Mungkin ramai dah lupa permainan-permainan video yang pernah korang main dulu. Jom kita rewind balik.
1. Crash Bandicoot
Antara game terbaik sepanjang zaman dan mungkin antara game yang popular pada zaman 90s. Siapa tak kenal dengan Crash. Karater yang anda kawal untuk menempuh segala halangan oleh Doctor Neo Cortex di Pulau Wumpa. Tahun lepas, develops game ini mengumumkan akan membuat remake untuk platform PS4. So, untuk budak-budak 90s boleh la beli nanti.

Picture

2. Tony Hawk’s Pro Skate 2
Tony Hawk adalah ikon untuk semua skaters di dunia. Skill dan trick luar biasa yang dicipta olehnya menjadikan dia sebagai skaters terbaik dunia dan satu-satunya nama skaters yang diberi pengiktirafan untuk diletakkan di dalam permainan video. Dulu-dulu dan beli skatebaord memang sangat mahal dan game inilah yang menjadi platform virtual untuk budak-budak yang tak dapat belajar skate. Dapat tunjuk skill dalam game pun dah rasa power!

Picture

3. Metal Gear Solid
Francais game ini masih bertahan sehingga sekarang. Walaupun kehebatan grafik dan storyline MGS sekarang ramai lagi yang masih ingin bermain MGS yang original dari PS 1. Karater Solid Snake masih lagi kekal sebagai karater utama game ini. Game ini sangat diingati disebabkan trademark sound effect apabila kantoi dengan musuh. Siapa ingat sound effect dia macamana? Sekarang paling terbaru adalah Metal Gear Solid Survive.

Picture

4. Tekken
Kalau nak cakap pasal combat game. Tekken adalah pendahulu dan juga pelopor combat game suatu ketika dahulu. Untuk unlock jalan cerita setiap karater pemain harus menentang setiap musuh dalam Iron Fist Tournament dan itu adalah satu target untuk setiap gamer. Game tekken masih lagi berdiri sehingga ke hari ini dengan mengeluarkan Tekken 7 pada tahun ini. Disamping itu game ini juga mendapat adaptasi filem pada tahun 2009 tetapi filem ini membuatkan semua fanatik Tekken berang dengan jalan cerita dan karater yang sangat berlainan.

Picture

5. Final Fantasy VII
Francais FF adalah antara francais game terbesar di dunia. Untuk sesiapa yang follow FF mesti merasakan FF VII yang dikeluarkan pada tahun 1997 adalah permulaan childhood korang bersama FF. Siapa tak kenal Cloud Strife, karakter utama dalam FF dimana korang kena menjadi penyelamat dunia dari Shinra Electric Power Company. FF yang paling latest dikeluarkan adalah Final Fantasy XV pada tahun lepas.

Picture

Picture

Games dari PS1 banyak memberikan kenangan yang indah untuk kita semasa zaman kanak-kanak dan banyak lagi games dari PS1 yang sangat popular suatu ketika dahulu. Mungkin ada yang tak setuju dengan senarai ni dan korang boleh suggest games yang buat korang nostalgia dekat ruangan komen. Mungkin kami akan buat list baru nanti.

COMMENTS