Hi Bibir Korea

By : Colin
Gegirls kat luar sana yang mengalami bibir kering ke, pucat ke nak bibir ala korean look gitew, korang tak payah risau dah sebab MKR akan share 5 jenis Lip Tint yang boleh mewarnai hari-hari korang.
1. Water Lip Tint
Kalau nak lips nampak natural merah or pink, korang boleh la pilih liptint jenis ni sebab bila pakai nampak so natural beauty. Tapi kepada yang mengalami bibir kering, brand ni tak sesuai sangat la sebab dia boleh membuat bibir semakin kering.
2. Gel Lip Tint
Actually Lip Tint jenis ni lebih memberi effect glossy kat bibir compare dengan water Lip Tint. Yang mana pun pilihan korang yang penting semuanya memuaskan hati masing-masing.
3. Creamy Lip Tint
Calit sekali je boleh tahan sepanjang hari. Even korang makan pun dia tetap tak akan hilang. Cream Lip Tint ni bagi kesan seperti natural matte tapi tak membuat bibir rasa kering. Try la kalau tak percaya.
4. Oil Lip Tint
Mereka yang jenis bibir kering sangat sesuai dengan liptint jenis ni. Oil Lip Tint juga boleh membuat bibir nampak glossy and menarik.
5. Tattoo Lip Tint
Cara menggunakan lip tint jenis ni adalah berbeza daripada yang lain. Kenapa? Sebab kena sapu dulu dekat bibir then tunggu dalam berapa minit, baru tarik (peel) lapisan lip tint yang telah mengering. Warnanya so awesome.
Tapi tak ramai yang pakai Lip Tint sebab masing-masing ingat Lip Tint hanya avaiable dekat kedai yang mahal je. Sama macam LipStick, Lip Tint pun ada yang murah. Tak percaya? Try cari.
Special untuk korang, MKR bagi tutorial makeup with Lip Tint. Dah cuba, jangan lupa selfie ye!

COMMENTS