Jelajah ketenangan sambil mencari teman sejati

Jarang nak dengar kaki travel ni nak melawat tempat-tempat seperti masjid melainkan di luar negara. So, mesti ada yang tak perasan kan bahawa Malaysia juga mempunyai masjid unik dan penuh kisah ini. Jom kita usha sikit antara yang terbest.
1. Masjid Kampung Kling, Melaka

Picture

Bila travel Melaka, singgah lah dekat masjid ni dulu.  Kenapa? Sebab seni bina masjid ni unik dimana terdapat gabungan seni bina Sumatera China dan Melayu yang menjadi daya tarikan. Bukan itu sahaja tapak masjid ini dikatakan tapak sebenar dimana pedagang India Muslim yang datang ke Melaka untuk berdagang.
2. Masjid Kampung Hulu, Melaka

Picture

Masjid Kampung Hulu Melaka merupakan masjid tertua di Malaysia yang masih berada di tapak asal. Senirekanya yang unik ni adalah berasal dari tanah jawa. Kepada korang yang teringin nak melawat tu masjid ni terletak di tengah-tengah Bandar Melaka.
3. Masjid Selat Melaka

Picture

Tengok gambar je dah buat kita rasa macam nak pergi kan? Selain makan angin sampai kenyang dekat sini, boleh lah korang berangan pose ala-ala titanic dekat atas tu (hehehe). Seni bina Masjid Selat Melaka ni mempunyai senibina yang amat menarik dan berbeza dengan masjid-masjid lama yang femes dan tersohor di Melaka. Tak percaya? Try pergi sendiri okay?
4. Masjid Tengku Tengah Zaharah, Terengganu

Picture

Dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan seni bina tempatan, masjid terapung ni nampak lain daripada yang lain. Lagipun ia juga dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikannya menjadi masjid terapung yang terulung di Malaysia. Lokasi masjid ni adalah 4km dari pusat bandar Kuala Terengganu.
5.  Masjid Beijing

Picture

Nama je dah tahu lain, macam mana pula dengan reka bentuknya kan? So, kepada korang yang syiok sangat berjalan tu, jangan lupa singgah masjid yang unik sangat seni bina dia. Sebab dia gabungan seni bina Cina dan Islam dan menyerupai masjid Niujie di Beijing China.
(macam temple kan? Tak eksaited ke nak pergi?)
6. Masjid Kampung Laut

Picture

Kalau yang tak tahu ni sebenarnya masjid, mesti korang akan nampak macam muzium atau pun rumah api. Fakta menarik tentang masjid unik ni adalah ianya telah diiktiraf sebagai masjid tertua and paling bersejarah di negara kita.
7. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Picture

Warna lembut yang diguunakan pada masjid ni pun dah cukup buat hati rasa macam ada ombak. Yang belum pernah pergi masjid ni, masjid ni terletak di persisiran pantai berhadapan dengan laut. Korang yang jalan-jalan kat Sabah tu jangan lupa singgah bah! Ini masjid paling manang bah.
8. Masjid Jamek An-Nur, Labuan

Picture

Masjid Jamek di Labuan berbeza dengan yang di KL tu ye. Masjid ini merupakan masjid tunggal di Wilayah Persekutuan Labuan. Seni bina masjid ni adalah berunsurkan Melayu Brunei dan Turki. So nak tau perbezaannya dengan masjid jamek yang di KL tu, korang kena pergi la tengok sendiri k.
9. Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor

Picture

Unik tentang masjid ni ialah masjid ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. So, dah tak payah travel jauh-jau. Pergi je sini uuntuk nak feeling feeling ada dekat Mesir. Confirm puas hati! (Jangan tak ngajak pulak bila pergi ye)
10. Masjid Diraja Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak

Picture

Masjid Diraja Ubudiyah merupakan salah satu masjid yang cantik, indah, menawan di Malaysia. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. So, kalau travel to Perak tu, jangan lepaskan peluang untuk singgah ye.
Newer Post