Gelombang Hijab Cosplay !

by: Tisu Poket
Rata- rata daripada kita sudah mula menyedari dan menerima penularan Hijab Cosplay yang mula menyerang di Indonesia, kini telah mendarat ke Malaysia. Ia semakin sebati apabila terdapat sebilangan masyarakat kita mula menjadi pelopor dan menyebarkan pengaruhnya ke seluruh masyarakat.
Latar Belakang Cosplay
  • Cosplay,  gabungan kata “costume” yang bererti “kostum” dan “play” yang bererti “bermain”.

 

  • ​Secara istilah, cosplay merupakan hobi berpakaian, beraksesori dan berhias wajah ala karakter dalam anime, manga,  manhwa,  dongeng, game, filem kartun dan tokusatsu idola.

 

  • ​Orang cosplay disebut “cosplayer”, namun dalam kalangan penggemar, biasa dipanggil menjadi “coser”.
  • Pada mulanya, budaya ini dilakukan oleh orang-orang barat yang memakai kostum (disebut Pesta Topeng) pada hari-hari perayaan besar seperti Hari Paskah dan Hallowen.

 

  • ​Kemudian,  tradisi ini sampai ke Jepun pada tahun 1970-an dalam pertandingan peragaan kostum (costume show). Di Jepun, peragaan “cosplay” pertama kali berlangsung pada tahun 1978 di Ashinoko, Prefektur Kanagawa dalam Pesta Topeng Nihon SF Taikai ke-17.

 

  • Pengkritik fiksyen sains Mari Kotani menghadiri konvensyen dengan mengenakan pakaian seperti tokoh dalam gambar sampul cerita “A Fighting Man of Mars” karya “Edgar Rice Burroughs”.

 

  • Pada masa itu, peserta konvensyen menyangka Mari Kotani mengenakan manga “Triton off the Sea” oleh “Osamu Tezuka”. Justeru, media massa sering menulis kostum Triton of the Sea sebagai kostum kosplay pertama yang dipakai di Jepun

 

  • Seterusnya, pertandingan cosplay dijadikan acara tetap sejak Nihon SF Taikai ke-19 tahun 1980. Acara cosplay  semakin sering diadakan dalam acara pameran Doujinshi dan pertemuan antara peminat fiksyen sains di Jepun.

 

  • Dalam majalah Fanroad edisi perdana bulan Ogos 1980, memuatkan berita khas tentang “Tominoko-zoku” iaitu sekumpulan anak muda yang ber-cosplay Gundam di kawasan Harajuku.

  • Nama itu sendiri diambil dari pencipta Gundam, Yoshiyuki Tomino. Walaupun sebenarnya artikel itu hanya dimaksudkan untuk mencari sensasi, artikel itu berjaya membuat “cosplay” istilah umum di kalangan peminat anime.
 
Kegiatan cosplay dikhabarkan mula menjadi kegiatan berkelompok sejak tahun 1986. Sejak itu pula mulai bermunculan jurugambar amatur (disebut kamera-Kozo) yang suka ambil gambar berkaitan cosplay. Kini, Cosplay menular ke Indonesia dan telah dinilai tambah dengan adanya pemakaian tudung kostum yang mematuhi syariah.
Jenis- jenis Cosplay

Picture

​1. Cosplay anime/ manga.


Picture

 

2. Cosplay game.


Picture

​3. Cosplay tokusatsu.


Picture

​4. Cosplay original.


Penggiat Hijab Cosplay
Mykampus Radio telah menemubual seorang penggiat Hijab Cosplay ia terkenal dengan nama Ai Nurul. Beliau merupakan Hijab Cosplayer yang agak dikenali. Beliau menjadi pelopor kepada Hijab Cosplayer dengan membuat kajian dan rujukan di laman sosial YouTube dan orang perseorangan untuk membendung isu pemakaian kostum anime yang tidak mengikut syariah.
Ai Nurul merupakan anak kelahiran Batu Pahat yang merupakan sebuah daerah di Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Convent, Batu Pahat. Kemudiannya, beliau melanjutkan pelajarannya di SMK Convent, Batu Pahat dan seterusnya membuat keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma selepas tamat persekolahan. Beliau telah ditawarkan jurusan Diploma Seni Halus di UiTM Alor Gajah, Melaka. Pada September 2017, beliau telah menempatkan diri ke peringkat Sarjana Muda dalam jurusan pendidikan di UiTM Puncak Alam, Selangor.
Beliau menjadikan Hijab Cosplay sebagai satu hobi dan sanggup memperuntukkan sejumlah kos yang besar untuk satu -satu kostum. Bagi beliau, menjadi antara pelopor Hijab Cosplay bukanlah untuk mencari populariti semata, namun ia berlandaskan hobi dan menggalakkan kreativiti mengenakan hijab dalam pemakaian cosplay di samping menepis skeptikal dan spekulasi masyarakat tempatan tentang isu aurat dalam kalangan penggiat cosplayer.
Picture

Ai Nurul mengenakan kostum Kanna Kamui.

​Lebih menarik mengenai Ai Nurul, beliau telah memenuhi ruangan majalah remaja Kreko yang merupakan majalah manga Malaysia yang menerbitkan siri manga berepisod di dalam Bahasa Melayu. Majalah ini telah diterbitkan oleh Comics Media. Ai Nurul telah berjaya ditemubual secara eksklusif dan dimuatkan artikelnya ke dalam majalah tersebut dengan tajuk “ Hijab Bukan Halangan untuk Cosplay”. Ai Nurul juga berjaya menembusi naskhah akhbar tempatan Jepun bersama beberapa Hijab Cosplayer tempatan. Sebelum menutup perbualan bersama Ai Nurul, beliau sempat mennyisipkan harapannya kepada rakyat Malaysia supaya terbuka hati untuk menerima Hijab Cosplay menembusi fenomena popular di Malaysia kerana penerimaan budaya ini di Indonesia lebih tuntas berbanding Malaysia.
Hijab Cosplay boleh dikatakan sebagai  satu hobi yang cukup menarik dan memperlihatkan bahawa tiada halangan untuk merealisasikan hobi ke arah lebih baik dan masih lagi sejajar dengan pematuhan syariah. Semoga hobi ini terus mengekalkan kekonsistenannya dalam menerajui fenomena budaya di Malaysia dan selamat maju jaya !