Nak mengadu kat mana?

Nak mengadu kat mana?

Isu berkaitan pengangkutan awam tidak asing dalam kalangan masyarakat terutamanya warga kampus. Mungkin ia merupakan satu isu remeh yang tak perlu pun untuk dipertikaikan, namun sejauh mana mereka bertindak menangani masalah ini? Atau mereka sekadar mendiamkan diri dan terus mempertikaikan dan mempersalahkan kualiti pengurusan pengangkutan awam?
​Masalah yang kerap didengar adalah:
​1. Tambang Mahal =  Sesetengah pengangkutan awam seperti teksi dan LRT menletakkan cas mahal yang tidak mampu dibayar oleh penumpang. Oleh itu, perkhidmatan teksi dan LRT hanya menjadi pilihan ketika keadaan terdesak seperti hendak ke pejabat atau urusan yang urgent.

Picture

Picture

  1. 2. Keselamatan penumpang terancam= Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu bas dan teksi terutamanya meninggalkan persepsi dan perasaan negatif pengguna. Penumpang akan rasa tak selamat untuk guna perkhidmatan bas ekspres atau teksi. Sikap seperti ini juga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain juga.

Picture

​3. Jangka masa lama= Sebelum dilancarkan Rapid, pengguna terpaksa menunggu perkhidmatan bas henti-henti hampir sejam. Ketibaan bas yang tidak tentu juga menyukarkan penumpang yang menggunakan khidmat bas ini.


Picture

  1. 4. Sistem perkhidmatan rendah = Lambakkan pendatang asing memberikan ketidakselesaan kepada rakyat tempatan untuk menggunakan perkhidmatan awam kerana terpaksa berhimpit-himpit dengan mereka dan mengundang risiko kecurian.

​Cara membuat aduan .
1. Kalau nak buat aduan ataupun ketidakpuashatian serta permasalahan mengenai pengangkutan awam Rapid, boleh gunakan khidmat media sosial sebagai ejen penyampai. Pergi ke twitter MyRapidKL dan nyatakan masalah seperti bas lambat, di mana keberadaan bas atau berkaitan dengan sistem pengurusan, boleh tweetkan pada mereka.

Picture

2. Kalau takda social media twitter, korang boleh call je di talian “03-78852585”. Tapi biasanya akan mengambil masa sedikit sebab dorang akan pass pass phone dkt org yg incharge and kena tunggu dia angkat lagi. Sangat leceh. Sebab tu ramai yg gunakan social media. Sebab bila sekali benda buruk tu di retweet, habis.

Picture

​3. Bukan setakat bus rapid je. Kalau korang ada aduan mungkin tentang BRT, MRT, KTM, LRT, boleh juga buat aduan di SPAD. Ade tiga cara :
a) Melalui text mesej. (Typekan complaint anda dan hantarkan di nombor 15888)
b) Boleh juga tweetkan complain anda du twitter “aduanSPAD”
c) Boleh juga hantarkan emel complain anda di [email protected]

Picture

Mudah jek untuk kita suarakan aduan kita. Jadi, korang dah boleh lah nak adu kan apa apa masalah. Jangan takut, hak bersuara hak kita ! Haa tepuk !